Baca dalam Malaysian Insider...Cuepacs akan jumpa PM hari Khamis untuk "bincang" pasal SBPA ni...tapi kalau cuepacs tak puas hati jugak..depa akan buat "protes" besar-besaran kat JPA Putrajaya 27 Disember ni...Antara tuntutan utama Cuepacs adalah pemansuhan Dasar Pemisah (Exit Policy) yang akan dilaksanakan bermula Januari 2012 nanti..
DASAR PEMISAH (EXIT POLICY)
91. Bagi memastikan kecemerlangan penyampaian Perkhidmatan Awam, Kerajaan memperkukuhkan dasar pemisah dengan mengambil tindakan tegas untuk mengeluarkan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah. Dasar ini juga menyediakan laluan keluar bagi pegawai berprestasi yang tiada peluang kemajuan kerjaya serta pegawai yang menghadapi masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaannya untuk menjalankan tugas.