Adapun tersebut kisah pada satu hari, Kampung Teluk Belacan yang terletak di pinggir sempadan Empayar Poyos telahpun di serang oleh Puak Orga Belantara Gundur dengan rakus sekali...habis keseluruhan penduduk kampung termasuklah haiwan ternakan hatta tanam-tanaman menerima bahana dek kerakusan Puak Orga Belantra Gundur itu...tiada seorang hatta seekor pun terselamat kecuali seorang kesatria muda yang kebetulan tiada di kampung kerana sedang berdating dengan awek kampung sebelah.
Rabu, 29 September 2010
Sabtu, 25 September 2010
TEKA-TEKI MATEMATIK POYOS
Maka tersebutlah sebuah kisah di dalam KitabTajul Al-Mulukin Wa Siyassah Lil Foyos berkisar tentang Kesultanan Empayar Poyos yang tersangatlah mashyur di seluruh nusantara hatta seantero dunia hendaknya...Adapun diriwayatkan pada genap 3 bulan purnama selepas Raya Haji pada tahun Gajah maka gemparlah seluruh empayar akan khabar tidak enak dari istana...Tuan punya empayar Duli Yang Dimuliakan Tuanku As-Sultan Atok Nujum Al-Foyos Wal-Gilers yang kesekian lamanya gering akibat terlebih makan Tonik Limau Selasih pemberian Tok Ambak telah dikhabarkan mangkat di julang...
Jumaat, 24 September 2010
JAWAPAN KUIZ MATEMATIK
Aku dah agak dah tak dak orang nak jawap soalan matematik ni....sepatutnya aku nak bagi masa seminggu sekurang-kurangnya baru nak bagi jawapan...tapi kalau tunggu seminggu pun bukannya ada orang nak jawap pun..pasai bukan ada orang masuk pun blog aku ni..so aku tunjuk la cara nak cari jawapan kot2 ada yang tersesat masuk blog aku ni..hangpa boleh la tau jawapan dia.
KUIZ MATEMATIK
Entah apa benda yang sampuk aku hari ini..tetiba je aku terasa macam nak bagi soalan kuiz matematik..so terkeluar la soalan macam kat bawah ni..so sapa-sapa yang tersesat mai blog aku ni..cuba la hangpa try test tengok....tahap kesukaran soalan ni level 1 menengah rendah ja...tapi kalau tak dak orang jawap pun...besok2 aku jawap sendiri la.
Khamis, 23 September 2010
PELUANG NAIK PANGKAT GURU TIPIS.
Kemarin masa aku dok baca paper berita harian....terbacalah satu luahan perasaan seorang mamat bernickname Guru SBP dengan topik " Peluang Guru Sekolah Berasrama Penuh Naik Pangkat Tipis"...teringin plak aku nak komen sket pasai benda2 naik pangkat ni..boleh katakan tiap2 minggu kalau baca paper mesti ada ja cerita cikgu tu cikgu ni tak puas hati tentang kenaikan pangkat..
Ok ni aku nak cerita sket secara ringkas pasai peluang kenaikan pangkat cikgu-cikgu ataupun Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ni..tapi aku nak fokus kat PPPS ja pasai aku pun PPPS jugak...sebenarnya kalau ikutkan ada 4 saluran untuk naik pangkat PPPS ni..Laluan Cemerlang...Laluan Hakiki...Laluan Time-Based...Laluan Khas..
Rabu, 22 September 2010
HANG MASIH TAK LAYAK DIPANGGIL BLOGGER
"Ya...hang memang tak layak dipanggil sebagai seorang Blogger...ada ka patut...lepas 5 ke 6 bulan sekali baru nak bukak blog..baru nak update posting...orang lain hari-hari update blog depa...tapi hang plak..hampeh..orang ada blog dia pun nak buat blog..last-last....hangat-hangat kencing cipan aja..."
Ayat-ayat itu tetiba jer bermain dalam kotak pikiran aku bila dengar budak2 kelas TM dok borak2 pasal blog depa...tiap2 hari depa update..kagum betoi aku..depa student pun terer buat blog aku cikgu tak reti plak..aku bukannya tak mau update...sebenaqnya..kerap jugak aku masuk blog aku ni...tapi tak dak idea nak tulih apa...lagipun dah la tak dak orang masuk pun...lagi la down terus semangat aku.
Langgan:
Catatan (Atom)