Memaparkan catatan dengan label Poyos. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Poyos. Papar semua catatan

Jumaat, 18 November 2011

JAWAPAN TEKA-TEKI MATEMATIK POYOS 3


Teka-teki ni sebenarnya dah ada pengomen yang jawap dengan betul kat dalam ruangan komen dalam entry Teka-Teki Matematik Poyos 3 dulu...tapi aku tahu ada jugak yang tak faham macam mana boleh dapat jawapan macam tu kan...so sekarang ni aku nak 'explain' la macam mana nak dapat jawapan 74658 tu...

Khamis, 24 Februari 2011

JAWAPAN TEKA-TEKI POYOS THE SECOND

Sebenarnya dah dekat 5 bulan dah aku post teka-teki ni...tapi nampaknya masih belum ada yang sudi menjawap..tapi tak apa..sekarang ni aku bagitau la apa jawapan dia..ok bagi yang tak pernah baca teka-teki ni...boleh la tengok kat sini..Teka-Teki Matematik Poyos The Second.

Ok..sebenarnya kalau hangpa betoi2 ikut arahan yang Tok Jenglot Ngokngek bagi kat Kesatria Muda tu..mesti boleh dapat jawapan punya..kalau tak percaya cuba hangpa test guna kotak mancis...cari 100 kotak dan cuba main bukak tutup 100 kali ikut arahan tu..tu pun kalau hangpa rajin la..tapi kalau tak mau buat pun takpa..actually aku dapat pikir 3 cara untuk jawapan dia..tapi aku just tunjuk satu cara ja la..kalau banyak sangat takut pening pala pulak..

Jumaat, 11 Februari 2011

TEKA-TEKI MATEMATIK : KISAH AMAN SI BUDAK POYO


Aman seorang budak yang sangat pintar dan poyo...Beliau sangat gemar kepada subjek Matematik...Pada suatu hari semasa beliau sedang lepak-lepak dipetang hari sambil menghirup udara yang nyaman serta angin yang sepoi-sepoi bahasa…Tiba-tiba terdetik di kepala otak beliau yang poyo itu untuk mencipta beberapa persamaan Matematik sekadar suka-suka sebagai hobi masa lapang…Maka beliau pun mengeluarkan tiga persamaan…

Selasa, 11 Januari 2011

TEKA-TEKI MATEMATIK POYOS 3


Adapun pada Bab Ke-8 dalam Kitab Tajul Al-Mulukin Wassiyasah Lil-Foyos...tersebutlah perihal akan kisah Sultan Empayar Poyos yang baru iaitu As-Sultan Badi Morta As-Samdoli ketika mahu memasuki Kamar Rahsia Perbendaharaan Negara untuk mengambil sedikit harta buat diserahkan kepada Aduka Puri si Ketua Masak Istana kerana mahu membeli minyak masak yang sudah kehabisan stok...Adapun diriwayatkan bahawa gerbang kamar rahsia itu telah dilengkapkan dengan sistem keselamatan yang sangat canggih melangkaui zaman dimana ianya memerlukan nombor password untuk membukanya...

Isnin, 4 Oktober 2010

JAWAPAN TEKA-TEKI MATEMATIK POYOS


Disebabkan dah ada orang yang jawap teka-teki ni dan betul pulak tu..so aku nak bagi penerangan la macam mana boleh dapat jawapan macam tu...aku tahu ada jugak yang pening lagi macam mana nak kira walaupun level teka-teki ni menengah rendah ja...so diharapkan hangpa dapat belajar sesuatu la dari penerangan aku ni..

Sapa-sapa yang tak penah baca soalan dia boleh klik kat sini...soalan teka-teki

Rabu, 29 September 2010

TEKA-TEKI MATEMATIK POYOS THE SECOND


Adapun tersebut kisah pada satu hari, Kampung Teluk Belacan yang terletak di pinggir sempadan Empayar Poyos telahpun di serang oleh Puak Orga Belantara Gundur dengan rakus sekali...habis keseluruhan penduduk kampung termasuklah haiwan ternakan hatta tanam-tanaman menerima bahana dek kerakusan Puak Orga Belantra Gundur itu...tiada seorang hatta seekor pun terselamat kecuali seorang kesatria muda yang kebetulan tiada di kampung kerana sedang berdating dengan awek kampung sebelah.

Sabtu, 25 September 2010

TEKA-TEKI MATEMATIK POYOS


Maka tersebutlah sebuah kisah di dalam KitabTajul Al-Mulukin Wa Siyassah Lil Foyos berkisar tentang Kesultanan Empayar Poyos yang tersangatlah mashyur di seluruh nusantara hatta seantero dunia hendaknya...Adapun diriwayatkan pada genap 3 bulan purnama selepas Raya Haji pada tahun Gajah maka gemparlah seluruh empayar akan khabar tidak enak dari istana...Tuan punya empayar Duli Yang Dimuliakan Tuanku As-Sultan Atok Nujum Al-Foyos Wal-Gilers yang kesekian lamanya gering akibat terlebih makan Tonik Limau Selasih pemberian Tok Ambak telah dikhabarkan mangkat di julang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP