Eh..pasai apa tetiba ja cerita pasai kulat dinding pulak nih..gelinya..selalu cerita pasai Matematik ja..sudah tukar ka?...Actually...aku bukan saja2 ja nak cerita pasai kulat dinding nih..tapi sebab aku sekarang ni hari-hari pi kerja terpaksa 'expose' dengan makluk halus ni..
Rasanya aku tak pernah cerita...sebenarnya awal bulan 11 tahun lepas...Institut tempat aku kerja ni kena banjir teruk...habes satu institut naik air sampai paras pinggang...bengkel aku duduk ni pulak hampir semua dinding dia guna gypsum board...so hangpa paham-paham sendiri la..kalau dah gypsum board terendam pulak dalam air banjir dekat tempoh seminggu...mesti dah xboleh pakai punya...lepas 2 minggu banjir kering dah dapat nampak puak2 kulat dinding ni memulakan projek perumahan perdana depa...mula2 tu sikit ja...tapi sekarang ni dah banyak betoi..ni betoi2 projek mega ni..maunya tak banyak dah dekat 2 bulan dah depa start buat projek tu...
2 bulan dah?..Ya dah 2 bulan banjir tu sebenarnya..tapi kerja2 penyelengaraan masih tak siap lagi...alasannya?..tak ada peruntukan...ok aku boleh terima tak ada peruntukan so tak boleh nak
musnahkan semua kulat2 tu...tapi yang aku agak ralat sebab walaupun si kulat dinding yang bernama Black Mold ni masih lagi berleluasa dalam bengkel tu...kami penghuni bengkel tu kena jugak buat kerja2 dalam tu..memang la bilik yang kami duduk tu takder si Black Mold ni..tapi sebelah dia penuh dengan puak2 ni dan hampir keseluruhan bengkel penuh dengan puak2 ni..kalau nak kira disinfected area cuma dalam 20 percent ja..lagi 80 percent dipenuhi konco Black Mold ni..
Ala...kulat tu dok bilik lain...bukannya effect apa-apa pun....masalahnya bengkel tu aircond dia jenis centralize..kuman2 Black mold ni pulak boleh bergerak dalam udara...so depa boleh masuk dalam lubang aircond tu dan menjahamkan orang2 yang duduk dalam bilik yang kononnya safe tu..
Setakat kulat dinding ja pun..itu pun nak kecoh...bukannya bahaya pun..ishk..aku bukan saja2 nak kecoh..ni soal nyawa beb..nyawa...susah betoi la nak explain..aku bukannya bidang medic so aku bagi Uncle Google la tolong jawap..
BAHAYA BLACK MOLD
Black mold juga disebut kulat beracun kerana kesannya terhadap makhluk hidup.Ia merupakan sejenis tumbuhan parasit, yang boleh tumbuh di rumah, sekolah dan premis perniagaan dan boleh mendatangkan pelbagai jenis bahaya.Racun (mikotoksin) yang dikeluarkan oleh kulat beracun ini boleh menjejaskan kesihatan bahkan mampu membunuh setiap orang dan haiwan yang terdedah kepadanya.Black mold juga boleh merosakkan permukaan dalam rumah dan pencemaran akibat mold ini boleh membuatkan rumah tidak selamat untuk didiami. Spora yang terhasil daripada black mold ini boleh merebak melalui sistem penghawa dingin, sistem HVAC atau saluran perpaipan.
Risiko Kepada Sistem Pernafasan.
Toksik yang dihasilkan oleh black mold boleh masuk ke dalam tubuh manusia melalui sentuhan ataupun dengan menghirup spora yang telah dikeluarkannya. Apabila spora ini berada di sistem pernafasan, ianya boleh menyebabkan pelbagai masalah pernafasan, termasuk gejala dingin dan flu seperti, sakit tekak, hidung tersumbat, titis hidung dan gejala asma. Gejala paling berbahaya untuk risiko pernafasan akibat back mold ini adalah aspergillus, yang dapat membentuk "bola kulat" yang hidup di dalam paru-paru dan melepaskan karsinogen (agen penyebab kanser) yang boleh mengakibatkan kematian.
Risiko Kepada Sistem SarafBlack mold juga boleh menyebabkan kesakitan pada sistem saraf pusat seperti kemelesetan, sakit kulit, sakit kepala, dan kelelahan. Pesakit yang menghidapi simptom ini seringkali tidak menyedari akan kehadiran mold dalam badan mereka sehingga mereka melihat gejala yang berubah secara dramatik ketika mereka berada dalam persekitaran yang berbeza. Contohnya seperti keletihan kronik ketika melakukan kerja-kerja pembersihkan ketika bercuti, atau sakit kepala yang hanya terjadi di tempat kerja yang tercemar dengan mold dan hilang apabila pekerja pulang ke rumah.Stachybotrys yang terdapat pada mold, boleh menyebabkan gejala neurologi yang serius. Mikotoksin yang dihasilkan dari Stachybotrys telah dipertimbangkan untuk digunakan sebagai agen senjata kimia.
PertimbanganKesan yang terhasil akibat kulat beracun ini adalah bersifat kumulatif dan boleh menjadi lebih serius dari masa ke masa. Penyakit yang diakibatkan oleh mold ini seringkali dapat dirawat tetapi lebih kerap tersalah didiagnosis, ini kerana penyakit yang diakibatkan mold ini boleh muncul menjadi jangkitan bakteria atau virus.Jika anda percaya anda sedang menderita penyakit yang berkaitan dengan black mold ini, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor anda. Jika anda sedang tinggal, bekerja atau pergi ke sekolah yang sedang tercemar dengan black mold ini, anda perlulah meminta supaya pemeriksaan mold secara profesional dilakukan oleh pegawai kesihatan kerajaan tempatan atau syarikat pemeriksaan swasta.Pemilik Bangunan adalah bertanggungjawab di sisi undang-undang untuk menghilangkan zat beracun dari bangunan mereka. Batasi risiko kesihatan anda dengan meninggalkan setiap bangunan yang mungkin tercemar serta berhati-hati supaya tidak membawa perabot atau barang-barang lain yang tercemar kepada mold dengan anda. Pakailah perlindungan pernafasan jika anda tahu anda akan bekerja di kawasan tercemar dengan mold ini demi keselamatan anda.
gelinyooo hoho
BalasPadamAsumira : memang geli kan...cuba bayang hari2 buat kerja dengan benda ni duk ada kat bilik sebelah..
BalasPadamkalau sembur pakai febreze agak2 mati tak kulat ni?
BalasPadamapakah~
BalasPadamingatkan kalau kita tak kacau dia, dia tak kacau kita~ huhu
bro,aku rasa ko kena consider mintak jkkp dtg check la bro.....
BalasPadamsetuju...ini klu kita ckp...dah terang2 kita ckp buat dek je...kita panggil jkkp dtg...apa dia org nk kata...
BalasPadamwiush..rare neh xpenah tgok ag heee
BalasPadammasmurni: febreze berkuasa menghapuskan 99.9% kuman kecuali kuman jahat macam Black Mold ni..hehe
BalasPadameel: tu la pasai..manpak macam tak bahaya..rupanya sangat berbahaya..
syed + hazwan: ya..biar kita serahkan pada yang pakar..
BalasPadamfirdaus : memang rare kulat nih..depa selalu muncul lepas banjir..
eee.....dah la kotor
BalasPadambahaya
Sebab Mengapa HARIMAU MALAYA Tidak Boleh Ditukar Kepada HARIMAU MALAYSIA !!
PERSONAL BUDGET PLANNER Terbaik Pilihan Momoy
Nampak sangat merbahaya..
BalasPadamMakin terok bro nanti kalau dibiarkan..Kena bertindak segera..Tak kan nak tunggu ada org sakit baru nak bertindak..
woah..nice info
BalasPadambek pakat2 kat bengkel wat aper yg patut?? Jgn amik mudah silap2 nnt kene tutup bengkel tu nanti kalau pihak bertanggungjawab dapat tau
BalasPadamtadi aku dah bawak boss yang incharge bab safety mai lawat bengkel ni..bagi dia tengok sendiri projek penempatan haram black mold nih..dia janji tindakan yang sepatutnya akan di ambil..so tunggu dan lihat jer la apa 'orang2 atas' tu nak buat..
BalasPadam