Selasa, 11 Januari 2011

TEKA-TEKI MATEMATIK POYOS 3


Adapun pada Bab Ke-8 dalam Kitab Tajul Al-Mulukin Wassiyasah Lil-Foyos...tersebutlah perihal akan kisah Sultan Empayar Poyos yang baru iaitu As-Sultan Badi Morta As-Samdoli ketika mahu memasuki Kamar Rahsia Perbendaharaan Negara untuk mengambil sedikit harta buat diserahkan kepada Aduka Puri si Ketua Masak Istana kerana mahu membeli minyak masak yang sudah kehabisan stok...Adapun diriwayatkan bahawa gerbang kamar rahsia itu telah dilengkapkan dengan sistem keselamatan yang sangat canggih melangkaui zaman dimana ianya memerlukan nombor password untuk membukanya...


Maka pada diri As-Sultan Badi Morta As-Samdoli, amat terkesimalah baginda tatkala mahu membuka gerbang kamar tersebut kerana tidak tahu apakah nombor password sebenar untuk dimasukkan.... Lalu wasiat yang ditinggal Almarhum As-Sultan Atok Nujum Al-Foyos wal-Gilers pun dibacakan semula dan terjumpalah baginda akan petua berkenaan password tersebut...

“ Adapun password yang boleh membuka gerbang Kamar Rahsia Perbendaharaan Negara itu ada sebanyak LIMA nombor semuanya...

Nombor kelima jika tambah dengan nombor ketiga adalah berjumlah sebanyak empat belas

Nombor keempat adalah lebih satu daripada nombor kedua

Nombor pertama adalah kurang satu daripada dua kali nombor kedua

Nombor kedua ditambah nombor ketiga akan berjumlah sebanyak sepuluh

Jumlah kesemua nombor itu adalah sebanyak tiga puluh sahaja”

--------------------------------------------------------------------------------------------
So, cuba hangpa cari apa lima nombor tu ikut turutan?

15 ulasan:

  1. Salam,

    Jawapan saya: 74658,
    betul tak tuan blog?

    by: http://chean2885-dusuki.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Tahniah Che An Dusuki dan Sarah1005..jawapan anda betul..

    BalasPadam
  3. alah baru nak jawab...dah ada jawapan

    BalasPadam
  4. da ade jwpn da...x smpt nk jwp plak...

    BalasPadam
  5. alamak baru nak jawab.. lambat plak.. hehehehe

    BalasPadam
  6. hoohoho..pening kira matematik pgi2..hahaha..

    BalasPadam
  7. kalo buat contest camni pon cara gak nih.. :p

    BalasPadam
  8. hazuan...misza..syaera..shino..nadzirah...tak sempat jawap eh..xper lenkali boleh cuba soalan lain..


    cik blurr..penin kira matematik pepagi..kira la waktu petang..mesti dah tak penin punya..hehe

    numara...ye tak ye jugak..kalau buat contest pun best jugak kan..hmm..akan dipertimangkan..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP