Isnin, 19 Disember 2011

KELIRU NAK KEKAL DALAM SSM ATAU PILIH SBPA? #4


Baca dalam Malaysian Insider...Cuepacs akan jumpa PM hari Khamis untuk "bincang" pasal SBPA ni...tapi kalau cuepacs tak puas hati jugak..depa akan buat "protes" besar-besaran kat JPA Putrajaya 27 Disember ni...Antara tuntutan utama Cuepacs adalah pemansuhan Dasar Pemisah  (Exit Policy) yang akan dilaksanakan bermula Januari 2012 nanti..
DASAR PEMISAH (EXIT POLICY)
91. Bagi memastikan kecemerlangan penyampaian Perkhidmatan Awam, Kerajaan memperkukuhkan dasar pemisah dengan mengambil tindakan tegas untuk mengeluarkan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah. Dasar ini juga menyediakan laluan keluar bagi pegawai berprestasi yang tiada peluang kemajuan kerjaya serta pegawai yang menghadapi masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaannya untuk menjalankan tugas.

KELIRU NAK KEKAL DALAM SSM ATAU PILIH SBPA? #3


Satu lagi perkara yang aku nampak masih ramai keliru adalah tentang umur persaraan paksa 60 tahun...opsyen SBPA dan umur persaraan paksa tu sebenarnya dua opsyen yang berlainan...kalau hangpa semua nak pilih SBPA tapi tak mau pilih opsyen 60 tahun pun tak pa...banyak aku jumpa samada melalui sembang2 kat alam 'nyata' atau alam 'maya' akan keluarkan ayat lebih kurang macam ni...

Salah Faham Yang Kedua:
"...tak sanggup la nak ambik SBPA...tak sanggup kena bersara umur 60 tahun tu...mampuih nak kerja time tu...dah tak larat dah..lagipun kalau nak pencen pilihan...jenuh nak tunggu sampai umur 60 tahun baru nak dapat pencen..."

Khamis, 15 Disember 2011

KELIRU NAK KEKAL DALAM SSM ATAU PILIH SBPA? #2


Esok 16 Disember 2012 semua penjawat awam akan mula diberikan borang opsyen samada untuk memilih SBPA atau kekal dalam SSM...tapi berdasarkan sembang-sembang dengan kawan-kawan cikgu...masih ramai lagi yang keliru dan rasanya salah faham dengan item-item dalam pekeliling tu...aku pun bukannya pandai sangat..cuma perkara yang disembangkan tu sebenarnya jelas ada dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil 13/2011 tu...samada depa tak baca atau terlepas pandang tak tahu la...

Salah Faham Yang Pertama :
"...kita dah tak dak pilihan dah...skim perkhidmatan kita ni dah dijumudkan...tak dak lagi PPPS atau PPPLD...semua jadi PPP ja...kalau ikut pekeliling tu jawatan jumud kalau menolak SBPA akan dibersarakan ikut akta KWSP atau Pencen...so nak tak nak kena sain terima la jugak opsyen tu...."

Rabu, 14 Disember 2011

KELIRU NAK KEKAL DALAM SSM ATAU PILIH SBPA? #1

 

Walaupun Pekeliling Perkhidmatan Bil 13/2011 berkaitan SBPA ni dah keluar...tapi masih banyak lagi persoalan yang belum terjawap mengenai SBPA ni...Ramai yang keliru lepas baca pekeliling tu dan ada jugak kawan-kawan yang dok tanya pasai pa aku tak komen apa-apa pun pasai SBPA ni...Sebenarnya aku pun bukannya tahu apa-apa pun...belagak terer ja lebih...Sungguhpun begitu untuk tak mengecewakan kawan-kawan....aku bagi jugak la pendapat aku tentang SBPA ni...Aku dah baca pekeliling SBPA ni dan inilah perkara yang aku faham mengikut maklumat dalam pekeliling tu..

Khamis, 8 Disember 2011

PEKELILING BERKAITAN SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM UNTUK GURU

Setelah sekian lama menunggu...akhirnya JPA keluarkan jugak Pekeliling Perkhidmatan Bil 13/2011 ni berkenaan Perlaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Persekutuan...atau ringkasnya PPP..so lepas ni cikgu-cikgi sekalian dah tak dak lagi pakai PPPS atau PPPLD sebab dua-dua jawatan tu dah dijumudkan jadi PPP..untuk maklumat yang lebih lanjut boleh la download dengan meng'klik' gambar kat bawah ni....


Aku tak baca habes lagi pekeliling ni...tapi cuma ada satu benda ja aku nak komen...mana dia Lampiran C?..adoyai..agaknya orang-orang JPA ni memang suka sangat main teka-teki kot...saja ja boh pekeliling tapi lampiran yang cerita pasai gaji tu depa tak upload sekali pun...saja nak kasi 'saspen'...huhuhu

Isnin, 5 Disember 2011

KONSPIRASI SBPA #5 : GAJI SKIM PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DALAM SBPA


Aku jumpa maklumat gaji cikgu ni dalam laman Muka Buku jugak...identiti pemilik laman terpaksa dirahsiakan atas faktor-faktor tertentu..sama jugak bila dianalisa balik..ternyata memang aku salah faham tentang maklumat dalam bajet tu.....tapi apa sebenarnya yang PM maksudkan kenaikan 7% hingga 13% tu ya?...hmmm
 

KONSPIRASI SBPA #4 : GAJI SKIM PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN DALAM SBPA


Walaupun ada "cakap-cakap" pekeliling baru tentang Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam akan keluar hari ni...tapi setakat masa aku tengah tulih posting ni...tak keluar pun lagi kat dalam laman sesawang JPA...tapi yang ada kat dalam laman muka buku Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar bin Haji Abdullah..beliau ada bagi sikit info tentang gaji untuk skim Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan dalam SBPA nanti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP