Khamis, 1 April 2010

GAJI SEORANG GURU DI PEDALAMAN SABAH

Hari ni aku saja ja nak kempen sikit kat bakal-bakal cikgu KPLI yang masih bujang dan dah nak posting nanti...ni kira kiraan kasar gaji permulaan yang hangpa boleh dapat kalau hangpa semua sanggup untuk pi mengajar kat pedalaman Sabah nun..

Aku ambik contoh katakan hangpa cikgu KPLI lulusan Kejuruteraan...kena posting kat pedalaman kategori 3 kat Sandakan..ni gaji tahun pertama hangpa akan dapat..


Gaji (DG41 P1T6) = RM 2148.10
EPW = RM 880.00
EKA = RM 300.00
BIP = RM 214.81
BKLP = RM 1500.00 (+)
-------------------
RM 5042.91
-------------------
Nota :
- EPW = Elaun Perumahan Wilayah
- EKA = Elaun Khidmat Awam
- BIP = Bayaran Insentif Pedalaman (10% drpd gaji)
- BKLP = Bayaran Khas Ikut Lokasi Pedalaman


So..hangpa tunggu dok lagi..hat bujang2 tu baik hangpa mintak posting kat pedalaman Sabah..tumpang tak dak komitmen lagi..boleh buat duit..dok pedalaman 3 ka 4 tahun...lepas tu baru tukar semenanjung...time tu duit pun dah penuh poket...

Tu tak campur manfaat lain lagi..tiap2 tahun dapat elaun balik kampung sekali ikut bayaran perbelanjaan sebenar...tambah pulak yang menteri KPM janji cikgu kat pedalaman ni..mudah untuk naik pangkat..lagi menarik tu..hangpa pi kerja 4 ka lima tahun kat sana..lepas tu balik sini dah boleh apply naik pangkat dah..kalau cikgu hat dok smenanjung ni..kena tunggu 10 tahun baru bleh pakai DG 44..hangpa takat 5 ka 6 tahun dah boleh pakai DG 44 dah...

Tak cukup menarik lagi?..ha..ni lagi satu..gaji hat kat atas tu tak campur lagi 2 elaun tambahan yang pak menteri umum baru2 ni...kalau gaji yang dah banyak tu campur pulak dengan 2 lagi elaun baru tu cuba bayang berapa banyak hangpa boleh simpan..tambah lagi naik pangkat cepat...ni bukan lagi peluang keemasan dah..ni kira peluang keberlianan dah ni...so pikir-pikirkan dan selamat mengajar......



26 ulasan:

  1. Saya seorang bakal pendidik. Info ni banyak membantu saya. Baru-baru ni ada senior saya yang dah pergi mengajar di Sarawak..

    BalasPadam
  2. salam 1malaysia...guru
    pendidikan khas ade jugak ke kat pedalaman sabah?
    :)

    BalasPadam
  3. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri....walau gaji kecik, lebih baik mengajar d tempat sendiri....aku dah 5 tahun d pdlman sarwak..

    BalasPadam
  4. hang ajar cikgu2 br buat mcmtu yer.. 4 tau lima tahun dpt lagi cikgu baru yang kurang pengelaman. baik ko punya otak..

    BalasPadam
  5. sbnrnya pandangan nak ke pedalman semata2 pasal gaji...x payah la....mmg la bagus...tp spatutnya fokus kepada tujuan sbnr kita menjadi pendidik...spatutnya bila duk pedalaman adalah untuk mencari pengalaman sebagai pendidik kepada anak2 org kampung yg jauh lebih lemah dari anak2 org yg tinggal di bandar...cari pengalaman mengajar pelbagai level kepandaian murid dalam 1 kelas....aku bersyukur bertugas di pengalamn sabah..P2...bkn sbb gaji tp sbb byk kemahiran mengajar yg aku dapat...pengalamn mengurus program...guru2 yg lebih sempoi...sama2 berganding bahu....x mcm sekolah2 di bandar...guru2 byk wat hal2 sendiri...byk kelompok...di pendalaman hanya 1 kelompok..paling byk 2....

    BalasPadam
  6. Untuk makluman semua..sebenarnya kenyataan kat atas tu adalah "provokasi" semata-mata...cuba hangpa baca betoi2 dan pahamkan elok2...aku sendiri pun sebenarnya tak sanggup nak pi pedalaman tu walaupun gaji besar!

    BalasPadam
  7. ni aku bg contoh yg sebenar....
    basic = rm2500(p1t10 degree acc)
    elaun perumahan = rm250(sbb asal sabah gak)
    imbuhan tetap khidmat awam = rm300
    elaun wilayah = rm437 (17.5% dr gaji pokok)
    elaun bantuan hidup susah = rm1000 (pedlmn 2 jer)
    elaun Bisp = rm125 (5% dr gaji pokok)
    total = rm4612.5*
    *thn pertama posting....

    BalasPadam
  8. salam, saya salah seorang cikgu yg kena posting ke pedalaman sabah, mmg gaji lumayan, namun setelah tolak kos kerosakan kereta ( saya terpaksa beli 4wheel, dan boleh kata setiap bulan mesti 2-3 kali kena ke bandar atas mesyuarat/kursus/ambil gaji/beli makanan) elaun tu boleh kata lekat celah gigi.semua nampak yg cikgu pedalaman mewah, padahal, sekali keluar ke bandar, habis banyak duit.xmasuk kalau ada kecemasan keluarga, kena bergegas keluar, tiket flight plak kalau beli on the spot, mahai mak bapak/...namun, setakat ni alhamdullillah. semuamasih under control.jadi kalau ada yg nak ke pedalaman atas sebab duit, fikir banyak2 kali.fikir betul222222

    BalasPadam
  9. kalau atas kertas memanglah ok. Kalau dah ditempatkan lagi ok.

    BalasPadam
  10. Pembetulan
    Gaji (DG41 P1T6) = RM 2148.10
    EPW = RM 880.00
    EKA = RM 300.00
    BIP = RM 214.81 (tak ada kalau dpt BKLP)
    BISP = RM 214.81
    BKLP = RM 1500.00 (+)
    -------------------
    RM 5042.91
    -------------------
    Nota :
    - EPW = Elaun Perumahan Wilayah
    - EKA = Elaun Khidmat Awam
    - BIP = Bayaran Insentif Pedalaman (10% drpd gaji)
    - BISP = Insentif PPSMI (10%)
    - BKLP = Bayaran Khas Ikut Lokasi Pedalaman

    BalasPadam
  11. kalau xde insentif kat sabah dan sarawak. ramai dah cikgu dr semenanjung blah. alamak sabah dan sarawak kurang guru. terutama BI, JQAF DAN PIslam

    BalasPadam
  12. tp sekarang kan elaun kesusahan dan epw dah nak dihentikan sementara... jd ape kelebihannye mengajar di pedalaman? kalau ade yg mengeluh tentang elaun yg lekat celah gigi sbb 4WD yg rosak, sy kat pedalaman sarawak pulak dok asyikk menghabiskan duit untuk membeli peralatan sekolah murid2 dan untuk menyenggara bangunan sekolah.. bangunan dahlah kayu yg dah nak reput sebab banjir 2kali setahun.. ibubapa pulak tak pedulikan keperluan anak2 yg bersekolah.. dapat duit kwamp, digunakan utk joli n beli arak.. hujungnye kami la yg kene menghabiskan duit untuk membeli buku2, peralatan menulis etc.. peruntukan pulak makin tahun makin sikit.. kalau buat program panitia pulak, guru yg bertanggungjawab yg kene keluarkan hampir 80% perbelanjaan termasuk hadiah2... akhirnya gaji hanya cukup2 makan dan kadang2 tak dapat nak menyimpan........ sudah 3tahun sy menjadi guru pss, dan setiap tahun sy perlu menghabiskan rm1500 setahun untuk penyenggaraan pss yg dah terlampau uzur.. buku tak cukup, takkan nak asyik buku lame aje tiap2 hari.. tukar tikar getah, mengecat dan menceriakan pss lg... kalau nak buat dek aje boleh, tp nanti lnpt dpt rendah pulak... jdnye nak ikhlas ke tak ikhlas pun tak taula nak kata ape..

    BalasPadam
  13. Elaun Perumahan Wilayah tak di potong la cikgu...yang saya faham dalam pekeliling tu...Bayaran Intensif Pendalaman dan Bayaran Intensif Wilayah yang ditambatkan kadar ikut kadar bulan Disember 2011...tu pun berdasarkan maklumat daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan awam dalam RTM malam tadi...elaun yang ditambat tu hanya sementara saja sebab semua elaun tu dikira berdasarkan peratus dari gaji pokok..memandangkan gaji pokok akan naik banyak dalam SBPA..maka JPA akan buat kajian dan semakan semula elaun2 tu...tak pasti la samada tukar percent lain atau bagi kadar tetap ja...tapi KPPA cakap tak potong la..tu yang beliau bagitau dalam RTM malam tadi.

    BalasPadam
  14. tp kami dah start kene bayar semula epw.. sebenarnya ape kriteria epw untuk guru2 semenanjung yg mengajar dipedalaman? dalam satu pekeliling yg telah diedarkan kepada kami, menyatakan epw akan dibayar kepada guru2 semenanjung yg bertukar wilayah (pedalaman sahaja)walaupun tinggal dikuarters guru disebabkan kuarters yang tidak sempurna; tiada bekalan elektrik 24jam dan tiada bekalan air paip.. mulanya kami dibayar tetapi skrg kami perlu bayar semula... kami semua sangat tak faham dengan situasi ini dan apabila ditanya kepada ppd, kami pula yg kene marah...

    BalasPadam
  15. Jangan Bimbangan Ada skim pinjaman kerajaan..

    BalasPadam
  16. skrg nie dah rmai anak2 sabah/sarawak yg blajar kt IPG.ape kate bia dorg je yg keje kt tmpat dorg tuh?? knape nak kite yg duk semenanjung nie yg keje sane? dorg dah biase ngan keadaan di sane,biarla dorg je yg keje sane..

    BalasPadam
  17. Provokasi n propaganda gomen... Kalu nak buat skolah. Jglh kepetingan cikgu, gaji besar mmg patut pun cikgu dpt... Tp utk cikgu yg benar2 cikgulh, yg cikgu sekadar melepas batuk ditangga tu tak payah lah atau cikgu yg jd ketam ajar anak ketam berjalan lurus... Aku sokong gj cikgu naik wlpn aku bukan cikgu, sbb cikgu mana ada ikut time kije, mlm nk buat semakan kertas kerjalh, nk pk esok nk ajar gaya mcm mane, nk dress pun cikgu nk kene pk... Sape2 yg pernah pegi skolah mesti tau, kekadang cikgu kene gelak pakai mcm budak skolah, aku pernah buat tu yg aku tepk... Anyway, ada pro n con gak hntr cikgu semenanjung gi pedlmn sbh swak.. Tp pklah n jglah kebajikan cikgu... Kesian cikgu, sampai mati pikul tanggungjwb jd cikgu... Dh kene kubur pun org sebut "tu kubur cikgu sipolan sipolan"... Harap dasar krjaan pk lh ttg cikgu, jgn dok pk yg mengarut2... Pk majukn cikgu dulu baru dpt lahirkn insan yg gemilang terbilang cemerlang... Sekian dari insan yg sygkan cikgu walaupun skolah tak brapa nak pandai...

    BalasPadam
  18. As-salam cikgu....saya dr Labuan nak pindah ke Tanah Besar Sabah....Nak cuba mintak tukar kat SMK Pulau Gaya...(sy suka laut....org pulau)...ada elaun susah kah klu mngajar di sana?

    BalasPadam
  19. kitaorg pun x pernah terduga kne posting kat semennjung wpun kitaotg ank jati sabah sarawak..xtau la apa motif semua neh..dahla skim gaji x skata...pedalamn pun lbh krg je kat pahang neh...haishhh

    BalasPadam
  20. saya guru jugak..tapi bkn guru di aliran perdana bak kata HQ saya..guru taska tapi dibawah seliaan kerajaan jgk..gred dc41..dihantar ke sabah since feb..sendirian..tanpa sebarang kemudahan..tapi diiringi dengan janji2 manis pihak pengurusan..bukan terpedaya dgn janji manis..cume kuatkn semangat dan keikhlasan..tetapi makin lama makin teruk dilayan..erti kata lain, pandai2 la ko hidup..sehingga sekarang elaun perumahan wilayah yg layak diperoleh, belum dapat lg..keikhlasan sudah semakin tipis..semoga ALLAH kuatkn semula semangat yg kian pudar ni..AMIN..

    BalasPadam
  21. You orang mau tau ke. Sabah n Sarawak memang lubuk tempat dapat kerja terutamanya di sektor awam. Kalau u all tak nak mau p sabah/sarawak. Tunggu ja la guru2 yg ada disemenanjung tu pencen baru u dapat kerja. Sebenarnye kite orang kat sini lebih suka orang tempatan yang jadi cikgu d tpt sendiri.Rata2 guru semenanjung ke sini hanya nak dapatkan kerja tetap sebagai guru je dah dapat 2/3 tahun balik kampung. D semenanjung susah dah cari kerja dgn kerajaan. Sorry ye ini realiti bukan fantasi.

    BalasPadam
  22. berapa gaji guru jqaf? semenanjung dan sabah sarawak????

    BalasPadam
  23. sapa nak tukar suka sama suka ...shah alam- sabah. email.no fon. rikisantosa@yahoo.com

    BalasPadam
  24. EPW akan di potong dari gaji jika tuan-tuan sekalian tinggal di kuarters.x kiralah kuarters tu buruk ke apa asalkan tinggal di kuarters confirm kena potong.

    BalasPadam
  25. siapa nak tukar suka sama suka lahad datu - bintulu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP