Rabu, 19 Oktober 2011

KONSPIRASI SBPA #3 : GAJI CIKGU DALAM SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)

Hari ni aku nak buat konspirasi baru pasai gaji cikgu dalam SBPA nanti...Terima kasih kepada Cikgu Midi (Tanpa Nama -17/10/2011 -11:38 PM) yang telah mencerahkan pemikiran aku dan memberikan satu lagi idea baru tentang maksud sebenar Menteri Kewangan tentang kenaikan gaji 7% hingga 13% tu...

Bila aku analisa balik gaji SSM bagi gred DG tu...Terbukti dakwaan Cikgu Midi adalah sangat berasas...beliau menyatakan bahawa gaji permulaan dalam SBPA nanti akan merujuk kepada tangga yang paling bawah sekali dalam setiap gred...ok, tengok analisa aku kat bawah ni..


Gred               Beza (P1-P2 @ P1-P3)
-------------------------------------------
DG 29             12.91%
DG 32             8.7%
DG 34             6.99%
DG 41             11.41%
DG 44             10.68%
DG 48             9.91%
DG 52             9.48%
DG 54             8.77%
-------------------------------------------

Makanya, setelah dikira semula dapatlah satu lagi jadual baru gaji cikgu dalam SBPA nanti..aku malas nak tulih detail dia punya calculation..kalau hangpa tak puas hati..hangpa kira la sendiri pakai Janjang Arithmetik.

Ni gaji DG 48 mengikut idea dari Cikgu Midi.

                               T14 = T1 + (14-1) d
                             8710 = 4786.37 + 13d
                                   d = (8710 - 4789.37) / 13  
                                   d = RM 301.818
 
Ni gaji DG 44.....
                              d x 0.3504 = b
                              301.818 - b = d
                              d = 301.818 - (d x 0.3504)
                              d x 1.3504 = 301.818
                              d = 301.818 / 1.3504
                              d = RM 223.50

Ni pulak Gaji DG 41......
                                Untuk T1 hingga T17:                
                                d x 1.2253 = b
                                301.818 - b = d
                                d = 301.818 / 2.2253
                                d = RM 135.63

78 ulasan:

  1. kenaikan gaji tahunan DG41 selepas T17 adalah sama dgn kenaikan gaji tahunan di DG44..so, boleh x kalau kita conclude'kan' yg kenaikan gaji tahunan selepas T17 juga adalah RM223.50 ?????

    BalasPadam
  2. memang betul dari segi logiknya kenaikan gaji Dg41 selepas T17 adalah seperti di gred 44.
    -Pengiraan cikgu Rahman lbh kurang pengiraan saya, cuma tangga bagi gred DG44 itu hanyalah hingga T20 kerana jika hingga T21 kenaikan gaji akhir adalh 43.44% ini adalah terlalu tinggi berbanding Dg 34 hanya 39%. jika hingga T20 kenaikannya adalah 39.31%.
    -bagi Dg41 pula kenaikan hingga T17 adalah logik sebanyak RM135 tetapi selepas tangga T17 hendaklah mengikut Dg44, maka gaji akhir Dg 41 dijangka hingga T31 (RM 7188.35 @ kenaikan sebanyak 37.55%). Rasa saya kenaikan Dg 41 dari T1 hingga T17 adalah RM 136-137. 'dr Cikgu Midi'-cikgu tanpa nama 17/10/11, 11:38pm

    BalasPadam
  3. @Cikgu Midi : Terima Kasih atas pandangan anda...sebenarnya memang aku tak kira pun mata gaji akhir dok tang mana...ingat nak cari perbezaan kenaikan tahunan ja..terlepas pandang pulak bab tu..ok la nanti aku ubah balik jadual sifir DG 41 tu..

    BalasPadam
  4. x payah la hang kira...tunggu JPA keluaq kan... x penin kpala... hang kira kat P1 ja....tu tang P2 ngan P3 tu nak kira lagu mana ... x boleh dah pakai janjang aritmetik kira gaji ni... hahaha
    jangan marah no... dah puluh tahun kerja makan gaji... x pernah pulak aku kira menda ni....

    BalasPadam
  5. P2 dan P3 akan diambil kira gaji terdekat di P1, pas tu barulah gunakan P1T? tersebut kepada P2T? @ P3T? yang baru.
    Tak salah kita mengira, saya mengira ni cuma nak pastikan apakah apa yang kita tafsirkan itu sama seperti apa yang difikirkan pihak yang membuat dasar.
    * Tak nak rugi lagi macam dulu, disebabkan kenaikan gaji yang tak seimbang diantara 35%,25% dan 15%
    c.midi

    BalasPadam
  6. @ayieDklau : Kalau hang rasa meluat tengok kiraan aku ni...ikut suka hang la...masing-masing ada pendapat sendiri...aku rasa tak salah kalau kira pun...masalah timbul dalam pengiraan ni disebabkan maklumat yang samar-samar dalam bajet tu..mungkin sebab aku muda lagi..so aku tak penah jumpa pembentangan yang begitu samar-samar macam dalam bajet baru ni...info dalam bajet thn2 sblm ni lagi jelas dan tepat...kalaulah informasi yang dibentangkan tu jelas..insyaAllah memang boleh dapat kira dengan tepat...Sifir gaji sedia ada memang adalah satu contoh bagi Janjang Arithmetik...

    BalasPadam
  7. Kenapa post kat sini sama ngan post kat blog cikgu Dahlia? Blogger sama ker?

    BalasPadam
  8. terima kasih cikgu rahman... rasanya dah hampir tepat kiraan cikgu ni... berguna jugak janjang yg kita belajaq masa form 4 dulu ye...

    BalasPadam
  9. @Tanpa Nama (12/10/2011 5:57 pm) : Posting aku ni asli tau..aku kira sendiri..tak tahu la pulak Cikgu Dahlia pun ada post macam ni..kami memang bukan orang yang sama..kan nama saja pun dah lain..:)

    BalasPadam
  10. @Tanpa Nama (12/10/2011 10:21 PM) : Sama-sama..tapi perlu ingat kiraan ni ikut fahaman aku sendiri ja..sekadar nak berkongsi pandangan ja..

    BalasPadam
  11. kiraan cg nampaknya sudah tepat..tp saya ingin bertanya, adakah matagaji baru kita nanti akan sama spt matagaji baru kita sekarang ?? contohnya, jika di T27DG41, adakah matagaji baru kita juga akan berada di T27 ?? kalau begitu, kenaikannya bukan sedikit tetapi menjangkau RM1648.50ataupun 35.5%..bukankah kenaikan gaji semua penjawat awam hanya sekitar 7 - 13% ? TQ

    BalasPadam
  12. cikgu takda keje ka?
    boleh main kira2 gaji lak?
    kata sibuk? stress? banyak keje?
    apa nih???!!!!!

    BalasPadam
  13. @ Cikgu S : pasai dok tangga mana tu aku pun tak tau...aku cuma kira sifir gaji dalam sbpa nanti ja..tapi kalau nak suruh aku teka, aku rasa dia akan ikut matagaji yang terdekat dengan mata gaji sekarang..cth : masa SSM DG 41 (P2T27) = RM 4924.12..so, dalam sbpa nanti dia akan duduk kat matagaji DG41 T22 = RM 5176.85...ni ikut fahaman aku la..kalau tak mau percaya pun takpa!

    BalasPadam
  14. @ Wu Ming (27/10/2011 4:16 AM) : Ishk...yang hang kelam kabut sangat ni pasai pa...dengki la tu..hang tak reti nak kira..untuk makluman hang..aku kira ni ambik masa 10 minit ja..bukan nak belagak..tapi itu kenyataan..ni just calculation yang mudah ja..dah la hantam orang berselindung dengan nama Wu Ming (dalam bahasa cina maksudnya Tanpa Nama)..memang perangai si 'PENGECUT'!

    BalasPadam
  15. owh ikut yg terdekat..baru dok syok igt naek banyak..haha
    anyway, tanx :)

    BalasPadam
  16. Tak payah nyusahkn kepala dok Kira hang ingt hang blh dpt blh dpt kanikn smpi 13% tu untk gred 1-16 cuma kenaikn gaji tahunan kita lbih skit nk smpi gaji mati tu yg smpi 37- 39% tggu je le JPA kira Jan tahun dpn naik gaji abis cite tak yah le nyusahkn kepala nk wat spakulasi

    BalasPadam
  17. gaji naik ke ape ke...
    Allah S.W.T. berfirman, sekiranya hambaku bersyukur, walaupun sedikit akan Allah cukupkan, tetapi kalau tak berkat, byk mcm mana pun akan ada je benda yang tak cukup..
    Buat kerja mesti ikhlas dan betul2.. Cikgu ke sape ker.. asal nama penjawat awam.. gaji RAKYAT yg byr...

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum, kak siti pun rasa tak salah kita nak suarakan pendapat kita. Kak siti suka baca tentang gaji ni walaupun kita sendiri tak pasti bagaimana yg akan dikeluarkan oleh JPA. Terpulanglah pada diri masing2 nak percaya ke tidak. Tak siapa yg suruh...

    BalasPadam
  19. minta izin copy yer cikgu...utk berkongsi...;)

    BalasPadam
  20. @Cikgu gak : aku pun tau gred P&P tak mungkin dapat kenaikan 13%..kan aku ada mention dalam posting sebelum ni...lain kali kalau nak hantam orang pun biarlah berasas sikit!

    BalasPadam
  21. @Wu Ming (30/10/11 12:01 pg) : Syukron Jazilan a'la 'tazkirah' ya Ustaz Wu Ming...

    BalasPadam
  22. @kak siti : w'salam...arigato gozaimasu :)


    @ Harazdani : Dozo yorishku...

    BalasPadam
  23. tahniah cikgu aman_arab,sblm nie sy ada bnyk buat kajian skim DG di universiti utk proses tukar lantik ke gred bersesuaian, nampaknya ada kebenaran dan logik jadual tersebut, tahniah skali lg

    BalasPadam
  24. tolong kira untuk kakitangan awam secaraamnya..terima kasih cikgu :)

    BalasPadam
  25. apehal la kau org nie semua nak jadi menteri kewangan la pulak...sepatutnya kau org nie sebagai pendidik kene memikirkan hla tuju pelajar2 yang akan dataang tapi sebaliknye kau org kire pendapatan yang akan datang pulak. mcm ner la anak2 murid semua nak maju... aku sedih la nengok pendidik yang cuma mementingkan duit dari bakti kepada masyarakat. kau org semua berubahlah demi anak bangsa.. dulu warga pendidik gaji baru berape je tapi alhamdullillah bakti dan jasanya sampai sekarang org kenang.. kalau yang mcm kau org nie org akan kenang jugak bukan tak kenang cuma kenang bende2 yang mengarut mcm nie la.. bukan nak dengki cuma memberi pendapat... jangan marah ya warga pendidik apepun saya ucapkan semoga berjaya...

    BalasPadam
  26. dok buang masa ramal sana konspitasi sinun, website hang jugak seronok trafik banyak masyuk...hahahaha... tunggu la pekeliling yg akan dikeluarkan nanti... cheh! buang maso den jo menambah trafik hang..haha

    BalasPadam
  27. @ Wu Ming (1/11/11 2:51 ptg) :
    Terima Kasih atas komen anda...

    @ Wu Ming (2/11/11 10:08 pg) :
    Maaf kerana membazirkan masa anda walaupun hakikatnya anda tidak dipaksa untuk masuk ke blog ini!

    kan lebih molek kalau hangpa guna nama sendiri!

    BalasPadam
  28. @ Wu Ming (1/11/11 12:12 ptg) :
    Terima kasih...saya hanya menjawab 'teka-teki' yang diberikan oleh PM ja...

    BalasPadam
  29. Tlg buat utk dga29 pulak..tq

    BalasPadam
  30. aku bukan Tanpa Nama di atas: Bila masa pula pendidik abaikan hala tuju pelajar, takkanlah langsung tak boleh bertukar pendapat tentang gaji atau perkara2 lain. kan lebih elok kita dapat berbincang dan berkongsi maklumat dalam semua perkara, barulah namanya pendidik. saya tak nampak pun blog ini menyusahkan sesiapa ataupun mencerminkan pendidik yg mengabaikan murid, cuma yang ada hasad dengki dan pemikiran negatif seseorang yg suka melemparkan tuduhan yg negatif. yang peliknya mcm mana pula bila seorang pendidik bercakap tentang gaji boleh dilabelkan mementingkan duit dan mengabaikan hala tuju anak murid. seorang chef pun takkan 24jam dia cakap pasal makanan sahajakan. semakin banyak isu kita boleh berbincang semakin bertambah ilmu kita, barulah dapat membimbing murid menghadapi masa depan yg lebih baik. banyak isu org bincangkan, janganlah bila masuk bab gaji, mulalah nak menghentam seolah2 golongan pendidik seperti ckp hal gaji sahaja. yang tak tau jangan nak menuduh sesuka hati, kita mungkin boleh melihat tapi kita tak mungkin dapat melihat pengorbanan dan usaha golongan pendidik memajukan anak bangsa dalam dunia sekarang yg penuh cabaran. buanglah pandangan negatif, kalau tak nak tau hal gajipun diam jelah pergi jauh-jauh, tak pun belajar sikit matematik kat sini.

    BalasPadam
  31. tahniah cikgu..satu usaha yg bagus
    cuma sy ada pertanyaan..

    pergerakan gaji nti mcm mana?
    contoh: 2011 dg41 p2t12..2012 dg41 T13?

    BalasPadam
  32. dg 44 bergantung pada dg 41. selepas 8 tahun baru naik dg44 dan diberi 2 kenaikan

    BalasPadam
  33. @Wu Ming yang bukan Wu Ming :
    Terima Kasih atas komen anda...tapi tu la hakikat yang terpaksa kita terima sekarang ni...seorang pendidik yang bercakap tentang gaji adalah satu kesalahan yang besar..tapi kalau bukan pendidik..it's ok untuk cakap pasal gaji...tak paham betoi aku!

    BalasPadam
  34. @ Wu Ming (7:52 ptg):
    Pasal tu aku pun tak tau..tapi aku rasa dia akan ikut matagaji yang terdekat...kalau macam kes hang ni..aku rasa kalau ikut kiraan aku ni hang akan duduk dalam T9 atau T10..tak semestinya T13.

    BalasPadam
  35. Salam...mungkin bajet tu samar2 sbb kalo dia bagi clear kang tak pasal2 harga barang naik melambung2...huhu..

    BalasPadam
  36. W'salam..dalam samar2 tu pun harga barang naik jugak..huhu

    BalasPadam
  37. Teruskan saje cikgu Man,hidup tidak perlu sangkut-sangkut.Lagi inovasi ,lagi bagus.Yang tidak mahu angkat martabat boleh belah.Hidup kat celah=celah buluh betung.Heeeei...... ngeri aku.Berfikir takat lama dan berbulu.

    BalasPadam
  38. cikgu aman_arab saya nak minta jasa baik cikgu membuat tangga gaji untuk 29

    BalasPadam
  39. salam minta cikgu membuat pengiraan untuk 29 dan 32

    BalasPadam
  40. Suke suke suke.... hehehehe.... walaupun dari skim lain.... nasib baik ada cikgu maths yang pandai kira-kira nie dapat la jugak bayang-bayang berapa la agaknya gaji naik tahun depan.... kiranya dua kali kenaikan la kan cikgu.... sekali kenaikan gaji baru.... yang kedua kenaikan tahunan yang biasanya jabatan akan bayar dalam bulan 6 atau 7 gitu.... betul ke cikgu?.... heheheh.... suke suke suke..... Alhamdulillah ya Allah....

    BalasPadam
  41. mungkin betul konspirasi yang cikgu buat. yang dok hentam tu, dia dengki.

    BalasPadam
  42. baguss...banyak info boleh dpt

    BalasPadam
  43. slm .. cikgu mnt tlg kira kan utk gred n17 .. sy da buat guna formula yg cikgu bg tp nk compare sama ada sy kira betoii atau x .. sy skrg di gred p2t6 .. tmksh ..

    BalasPadam
  44. yulai lapan dua :)

    Saya sekadar membaca blog ini. Ini hanya ramalan oleh empunya blog. Tidak salah mengemukakan pandangan berkaitan gaji ini. Namun saya kurang setuju jika kira gaji ada kaitan dengan kecemerlangan murid. setahu saya pelajar cemerlang emak bapanya yang dibanggakan, guru bagaimana..? Berapa ramai yang ucap terima kasih! JARANG-jarang dah... Ini hakikat zaman moden. Pelajar dijunjung, guru letak dihujung...Kepada warga pendidik,,, tetapkan haluan, kuatkan ikatan layar... Jaga kemudi dengan elok, insya-Allah akan samapi destinasi dituju...

    BalasPadam
  45. Salute ckgu man.. klau yg bkn ckgu nk komen,jgn duk jd katak bwh tempurung n bodoh sombong ye.. stakat kire gaji gne janjang ni,pling truk pn stgh jam.. ni pn slah satu proses guru utk mngalih focus msalah di skolah dismaping mngurngkn stress.. sbgai galakan utk meneguhkan tekad dan semangat utk mnghadapi kerenah2 pelajar.. jga anak sorng pn pening kpala,cbe byangkan nk jaga perasaan brpuluh2 bdk zaman skrng yg rata2nya x ckup ksih sayang.. aku ni mngajar hmpir 230 orng plajar sminggu..

    BalasPadam
  46. kepada 6 pengomen tanpa nama di atas...terima kasih diucapkan atas komen anda!

    kepada pengomen2 yang mintak tolong kira lagi gaji... maaf kerana saya terpaksa mengecewakan anda!

    BalasPadam
  47. cikgu rAHMAN...syabas sy ucapkan kerana cikgu mengguna dan mengaplikasikan ilmu yang cikgu ada ke arah kebaikan.
    saya sendiri pun tak faham kenapa ada sesetengah pengunjung yang iri hati dan tidak puas hati dengan entri cikgu ini sedangkan ini blog cikgu rahman. BUKAN BLOG MEREKA! suka hati cikgu lah nak pos entri apa.

    ini satu langkah terbaik untuk guru-guru share ilmu yang mereka ada. bukan hanya guna ilmu untuk kira masalah matematik dalam buku teks sahaja tapi juga diaplikasi dalam realiti sebenar. jadi barulah minda cikgu boleh berkembang. bukan duduk di takuk lama saja.
    yang komen tu mungkin tak suka tengok nombor banyak-banyak kot. KASIHAN....

    teruskan usaha anda Cikgu Rahman..

    p/s yang dok komen kata cikgu tak ikhlas ngaja, asik dok kira gaji...meh kita tengok dia sanggup tak ngaja kalau gajinya ditangguh setahun?

    BalasPadam
  48. salam ckgu..just nk bg pendapat..klu tgga gaji kita skrg P1T12, tahun depan pergerakan spti biasa iaitu P1T13..cume kadar kenaikan akan dikira pada tangga gaji permulaan P1T1.sebab klu nk kira ikut tangga gaji semasa, mati la bahagian kewangan kena kira untuk berpuluh ribu org kakaitangan yg tangga gaji berlainan walaupun gred yg sma.wallahu'alam..TK

    BalasPadam
  49. setuju dengan hidayah...klu ssm,tangga P1T12,sbpa pun sama..klu ikut gaji yg hampir,brtuahnya bebudak baru masuk keje...kenaikan atau perlarasan gaji adelah penghargaan untuk mereka yg telah berkerja lama...bukan untuk bebudak baru je......

    BalasPadam
  50. Saya setuju dgn Hidayah.......

    BalasPadam
  51. Setuju ngn hidayah...klu ikut gaji yg hampir, maknanya kt akan hilang beberapa tangga..rugilah penjawat awam yg da keje lama dan untunglah yg baru masuk keje..lg 1,nak jawab yg tanya mcm mn kes P2 ngn P3..biasanya bila tangga gaji sebaris,kiraan peratus (7-13%) akan diambil dr P1T1,tp angkanya mmg ada pada P1T3..so,bila gaji sebaris mmg akan ambil dr P1T3..so,jgnla risau sgt..... ;)

    BalasPadam
  52. Walau mcm mn pun kiraan gaji ni...guru2 adalah manusia bertuah kerana penggubal dasar telah membuat keputusan untuk memberikan time based kepada guru..lebih bahagia lagi apabila time bassed itu dipendekkan menjadi 8 tahun sedangkan penjawat awam di jabatan terus - terusan tidak dihargai...ketika DG41 mendapat kenaikan kepada DG48 selepas 16 tahun berkhidmat...pegawai 41 di jabatan lain masih di gred 41...mengapa penggubal dasar terlalu TIDAK ADIL???????? Tolonglah betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.....adakah pegawai di jabatan2 tidak penting pada kerajaan??struktur organisasi dlm kerajaan sgt pincang pd pndgn sy...

    BalasPadam
  53. saya tak rasa sbpa ni takkan bagi ikut 16 tahun , mesti ada tangga diukur contohnya kalau dulu dah 10 tahun baru naik dari 41 ke 44, kemudian nak ke 48 takkan kena tunggu lagi 8 tahun, bila campur semua jadi 18 thn, junior naik ke 48 ambil masa 16 thn je, so ukurannya ialah pada dg 44 , maybe hanya 6 tahun aje kena tggu, 2 tahun kira rebet, guru yg lama keje tapi kes tak gi ptk , rugila,

    BalasPadam
  54. berapa gaji gua tahun 2012 jika sekarang gua dg41 t17

    BalasPadam
  55. T/kasih Cikgu. Berasa semangat la pulak tengok jadual baru ni...

    BalasPadam
  56. Terima kasih. Info yang sangat berguna.Anda telah mengaplikasikan apa yang dipelajari. barulah pemikiran berkembang dalam pelbagai isu. Yang dengki dan iri hati tu sebenarnya malas untuk berfikir, biar orang lain berfikir untuk dia. Komplen banyak, cakap berdegar-degar tapi minda kosong.Tahniah kepada cikgu rahman.

    BalasPadam
  57. guru baru potong 2 thn dari 10 thn jd 8 thn ramai dah bising .... ptd , pensyarah n etc yg kerja 2,3 thn dah naik gred x pulak bising ... x faham btull laaa apsal yg ramai sgt dengki pd cikgu2 ni ...

    BalasPadam
  58. Terima kasih kepada semua yang memberikan komen!

    BalasPadam
  59. Cikgu,mohon jangan layan komen merepek meraban tentang kiraan yang cikgu dah buat. Tersangat ramai orang yang buat jenayah di Malaysia ni dia tak komplen. Cikgu nak kira gaji pulak yang dia mengamuk....macamlah cikgu yang tak pernah ambik tau pasal gaji-gaji ni ikhlas sangat mengajar,boleh belahlah.Cikgu Rahman jangan patah semangat,..when one good man dies,ten bad men standing tall.

    BalasPadam
  60. Terima kasih...saya sangat menghargai komen anda!

    BalasPadam
  61. ulasan yang agak bagus,,,tapi saya rasa kenaikan dg41 tak banyak sangat..kenaikan tahunan pun x banyak mana..tp oklah kiraan tu..kurang2 dapat wat bajet lain tuk tahun depan,,lusa 1 dec mayb kuar pekeliling baru ni..kita doakan je yang terbaik tuk kita...

    BalasPadam
  62. pekeliling sbpa akan kuar 5 disember, kalau prestasi dapat 95 peratus dapat kenaikan gaji 13 percent, kalau dok 70 peratus tak ada akenaikan gaji , dan diarahkan quit,

    BalasPadam
  63. cikgu walaupun naik gajai...kerja tak habis sampai bawak ke rumah....tu tak masuk kerja bila jadi guru kelas...nak kena tanda budak mai tak...hantar surat amaran ketidakhadiran...jadi along pungut yuran....semuanya kerja cikgu....ikhlas tetap ikhlas tapi kena tengok juga bebanan cikgu....

    BalasPadam
  64. lama sangat nak tggu pekeliling tu..tp rasanya kerani sekolah dah tau,,tp wat diam je dulu...pe pun doakan yang terbaik jer

    BalasPadam
  65. well done ckgu..at least dapat gambaran tentang gaji kiter..pasal komen2 yg menganggu tu..usah layan.. yg mrk nampak hanye kiter balik awal..cuti byk.. tp yang sebenarnye..kiter je tau..

    BalasPadam
  66. tahniah, input yang sangat menyegarkan minda..sekurang-kurangnya ia membuatkan kita terus berfikir (ciri yang seorang pendidik perlu ada..

    BalasPadam
  67. dari td saya baca semua cite psl dg 41 keatas .saya dg 32 x tau nak kira macam mana. . Gaji dah mati tahun lepas . umur dah 46. kje 24 tahun . sampai sekarang x naik pangkat kot jd pk ke. mmg kecewa . ada sape boleh tlg saya kira gaji baru. Lepas ni mungkin bersemangat sikit kot.

    BalasPadam
  68. usah bimbang tentang gaji...jika berkidmat dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab....akan bertambahlah rezki kita....

    BalasPadam
  69. GAJI NAK NAIK.. TAPI KEJE RAMA YG NGULORRR... PER CITER.... CER CITER CIKIT :-)

    BalasPadam
  70. Ahh nampak gayanya, baiklah aku meniaga pasau malam bini aku pulak suroh bukak kedai Avon, gaji gomen ni abis bulan abis duit jer. ciput

    BalasPadam
  71. golongan cikgu ni rajin..
    bkn calang2 org blh buat formula gaji sementara jadual gaji SBPA dikeluarkan. bkn sekadar ramalan tp ada logiknya. guna Janjang lagi tu..tahniah. org ambik Add Math mahirla..
    gaji guru bkn utk dia semata2..pasti dikorbankan sedikit sebyk utk kelas. nak kondusif, pasang langsir, beli alas meja, carta2 kelas nak hiar dgn ketas bunga2. nak cat kelas, softboard nak jg dihias dgn kain..semua tu kos. semua tu duit cikgu. dari mana lg klu bkn dari gaji. tak salah la klu cikgu2 kira gaji dia thn dpn..

    BalasPadam
  72. Malas nak komen pasal gaji ni...nati sakit jiwa @ sakit hati. Sama macam dulu tu sakit hati sangat sunguh2 blajar naik gaji 15% je!!

    BalasPadam
  73. seronok saya baca org yang pandai buat kiraan ni...saya ni tak pandai...maka dapatlah juga saya info tentang gaji ni sblm keluar yg sebenar...Bagi yang dok dengki tentang mata gaji ni, awak tak de kerja ke dok bukak blog org dan komen....cari kerja lah kalau tak de kerja...cikgu skg ni musim cuti,,,jgn dok dengki....dulu knp tak belajar rajin2 jadi cikgu

    BalasPadam
  74. saya DG44 T5...bila sbpa...naik satu mata gaji dlm ssm...ditukar ke mata gaji terdekat pada sbpa maka gaji lama ssm ke sbpa beza cuma RM1 shj dan akan sama gaji dengan DG44 T4....(hilang senoriti setahun)....camne tu????????????????/

    BalasPadam
  75. tu la pasal..memang senioriti akan hilang...cikgu (ssm T5)cuma akan dapat kenaikan gaji tahunan 1 januari tapi junior cikgu (ssm T4)akan dapat KGT 1 April...daripada setahun senioriti cuma mersa 3 bulan ja jadi senior...haru!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP