Ahad, 10 Mac 2013

HAMPEH KUNYIT BETOI LA HANG NI CIKGU RAHMAN

Cikgu Rahman...hang memang sangat 'hampeh kunyit punya orang'...dulu kata nak rehat kejap ja....tapi dah setahun lebih 'haram' tak penah mai jenguk blog ni langsung...main tinggal macam tu ja...sangat tidak bertanggungjawab...Tak Guno!...kalau dah malas sangat 'tok sah' buat blog la wei!


Hmmm...agak-agaknya tu la kot isi hati 'peminat-peminat' blog aku yang dok masuk blog aku hari-hari pasai nak cari cerita best dan poyos dari aku... (ceh perasan!)...tapi nasib hangpa la nak buat lagu mana...dah tuan blog ni memang sangat 'hyper' dia punya tahap kemalasan....so aku tak mau bagi apa-apa alasan pasai pa lama sangat tak update blog nih...kalau banyak-banyak alasan pun tak guna jugak...cukup la dengan satu alasan "MALAS"...Dalam setahun lebih ni dah macam-macam peristiwa yang berlaku...kalau diikutkan memang banyak isu yang boleh di tulih dalam blog nih...tapi tu la macam aku cakap tadi...MALAS...tak tau la nak cakap apa dah..

Lagi satu sedikit info terkini...sekarang ni aku dah berpindah...dah tak duduk kat Utara dah...sekarang ni aku dok kat Nogori Sembilan...So mungkin lopeh ni den kono tukar "slang" dalam blog ni lah...yo lah dah duduk nogori orang kono la ubah kan...macam kato-kato hikmah orang-orang tuo...Masuk Kandang Harimau Mengaum, Masuk Kandang Kambing Mengembek...tak gitu!

9 ulasan:

  1. duduk je negeri orang,blog tak tade dot ngori sembilan punnnnn :P


    please kekalkan bahasa utagha,cheq ni duk ja selangor,tapi kalau borak dengan kawan2, bahasa utagha cheq bedai,syok kot (saja kasi tau,bhahaha)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...kita orang utagha ni memang lagu tu...pi la mana-mana pun mesti terkeluaq jugak loghat utagha tu..tak boleh nak cover..orang utagha kata "lidah keghaih"!

      Padam
    2. TAKPA, AIHHHHHHH,RINDU WEI IKAN PEKASAM

      Padam
  2. Salam,

    Benar, lama dah tak dak berita terbaru dari ckgu ni. Tak pa la kalau nak mengembek ka mengaum ka. Tapi biarlah 'kita adalah kita' walau di mana berada. Sem,alat merantau cikgu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam...Terima kasih kerana memberi sokongan :-)

      Padam
  3. kenapa cikgu malas?
    nanti anak murid ikut...

    BalasPadam
  4. suatu nukilan yang menarik.info yang amat berguna untuk saya follow awak.

    sudilah kiranya follow blog saya ya :)

    http://tongyeaching055354.blogspot.com/

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP