Khamis, 23 September 2010

PELUANG NAIK PANGKAT GURU TIPIS.

Kemarin masa aku dok baca paper berita harian....terbacalah satu luahan perasaan seorang mamat bernickname Guru SBP dengan topik " Peluang Guru Sekolah Berasrama Penuh Naik Pangkat Tipis"...teringin plak aku nak komen sket pasai benda2 naik pangkat ni..boleh katakan tiap2 minggu kalau baca paper mesti ada ja cerita cikgu tu cikgu ni tak puas hati tentang kenaikan pangkat..

Ok ni aku nak cerita sket secara ringkas pasai peluang kenaikan pangkat cikgu-cikgu ataupun Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ni..tapi aku nak fokus kat PPPS ja pasai aku pun PPPS jugak...sebenarnya kalau ikutkan ada 4 saluran untuk naik pangkat PPPS ni..Laluan Cemerlang...Laluan Hakiki...Laluan Time-Based...Laluan Khas..


Untuk Laluan Cemerlang pecah pada tiga kategori plak....Guru Cemerlang....Pengetua Cemerlang...Pegawai Cemerlang (BHGN/JPN/PPD)...kalau sapa yang ikut laluan ni memang cerah masa depan punya...sebab depa boleh naik dari DG44, DG 48, DG 52, DG 54 sampai Jusa C....Laluan Hakiki plak pecah empat....Tingkatan 6....IAB/IPG...Kolej Matrikulasi...dan jugak BU/BI/BTEK...hat ni pun best jugak sebab depa boleh naik dari DG 44, DG 48 dan DG 52...tapi kalau team pengurusan ngan cemerlang boleh naik sampai Jusa C....Laluan Time-Based plak ada dua saluran...satu untuk PPPS...satu lagi ex-PPLD...tapi sama ja takat boleh naik pangkat DG 44 sampai DG 48 ja...Last skali Laluan Khas..hat ni Guru Besar ex-PPLD ja...takat naik DG 41 sampai DG 44 ja..

Nak cerita kat sini...kalau jadi cikgu kat sekolah boleh pilih nak naik pangkat ikut cara mana...samada nak jadi Guru Cemerlang ka..nak join Pengurusan ka...nak jadi cikgu tingkatan 6 ka..tak pun tunggu time-based ja...banyak peluang depa dapat nak naik pangkat ni...kalau jadi Guru Cemerlang lagi best...dalam tempoh 5-6 tahun pakai DG 41 dah boleh naik DG 44 dah...lepas 3-4 tahun dah boleh naik DG 48 plak dan seterusnya...puak2 ni memang laju naik pangkat..kalau masuk pengurusan lagu tu la jugak laju depa...kalau tak pun jadi cikgu tingkatan 6..boleh jugak naik pangkat sampai DG 52...tapi kalau ikut time-based kena tunggu 10-11 tahun pakai DG 41 baru pakai DG 44...lepas 10-11 tahun DG 44 baru boleh pakai DG 48..lepas tu habes dah..dah tak boleh naik pangkat lagi dah..

Punya la banyak peluang hangpa nak naik pangkat..tu pun hangpa dok merungut lagi...ni aku nak cerita nasib kami cikgu-cikgu yang dibuang KPM ke kementerian lain ni..hangpa tau tak ada cikgu gred PPPS DG 41 yang boss sebenar KPM tapi KPM hantar pi Kementerian lain...nak bagi kami sedap hati depa panggil kami ni Pegawai Kader KPM...rasanya hangpa tak penah tau pun..pasai bila kami pi JPN pun orang JPN heran.."Aik?...dekat Kementerian XXX pun ada cikgu jugak ka?..kami tak tau pun!"...jangan kata JPN..hatta bahagian2 lain kat KPM kecuali BSM pun tak tau jugak ada cikgu-cikgu yang dikenali Pegawai Kader KPM ni kat kementerian lain...

Cuba hangpa bayangkan...JPN pun tak kenal kami...KPM pun tak kenal kami...macam mana depa nak tolong kami...macam hangpa kat sekolah memang JPN ngan KPM jaga sungguh2 punya...kami kat sini kena struggle sendiri kalau nak survive...lagi satu pasai peluang naik pangkat tu...kami kat sini cuma tinggai satu saluran ja...nak jadi Guru Cemerlang dah tak boleh pasai kurikulum yang kami pakai kat sini tak sama ngan kurikulum KPM...nak jadi Pengurusan sekolah pun tak boleh pasai kami bukan mengajar kat sekolah...last cuma time-based ja tinggai untuk kami...makna kata peluang kami naik pangkat hanya la takat DG 48 saja time pencen nanti...tapi hangpa kat sekolah banyak peluang...paling lekeh pun DG 52 cikgu form 6...hangpa boleh pi sampai Jusa C...tapi kami?...tak tau la nak kata apa dah..

Kalau nak ikutkan banyak lagi yang aku nak merepek ni...tapi panjang sangat la pulak nanti...cuma aku nak bagitau la kat hangpa semua cikgu kat sekolah..hangpa kira ok lagi la sebab mengajar kat sekolah...teropong JPN ngan KPM tu sampai kat hangpa..cuma mungkin belum rezeki hangpa lagi hangpa dapat lambat sket..tapi kalau macam kami ni...langsung depa tak mau teropong pun..lagi la lambat peluang kami naik pangkat daripada hangpa...apa nak kata..dah takdir dari tuhan..sekian.



19 ulasan:

  1. kita nie di anak tirikan...
    nasib... nasib...
    -sk-

    BalasPadam
  2. x palah cik.. nak buat macam mana..
    but at least ILMU yang cik ajaq kat kami tetap kami ingat. :) mungkin nnty rezeki cik tak dapat kat belah2 ni adalah tu nnanty kot belah lain.. mana kita nak tau.. Kerja Allah S.W.T.

    - Ex Ilp-

    BalasPadam
  3. -sk-...kita ni bukan takat anak tiri saja...kira anak tiri angkat dah ni..dah la anak tiri...anak angkat pulak tu...nasib2.

    -ex ilp-...terima kasih atas komen anda...macam ayat saya yang terakhir sekali tu la...dah takdir dari tuhan...so kena redha je la...sebab bab2 rezeki ni kerja tuhan..kita kena berusaha saja..

    BalasPadam
  4. nasib kita..bukannya kita minta nak berkerja di sini.... bila tuhan nak dengar keluhan kita...

    ~poo~

    BalasPadam
  5. Salam, hi...
    kita serupa...ajar maths sorg je kan? students berapa ramai?

    intake 1st ke? saya intake 1st jan 2008...

    emm, x cadang nak pindah ke sekolah ke...atau mmg nak stay..ye la, sabtu ahad x kaco...freetime banyak... ;)

    BalasPadam
  6. hmm, betul ke perkhidmatan ke 16 tHUN DIAMBIL KIRA UNTUK KE 44/ 48. MULA DARI 41 LA, KE IKUT TIME BASED 8 THN

    BalasPadam
  7. @Wu Ming (22/10/2011 10:02 PG) : Posting aku kat atas ni cerita lama la...tapi kalau ikut yang baru PM umum tahun ni macam hang kata tu la..untuk time-based dia ambik kira 8 tahun servis dalam DG 41 naik DG 44..lepas 8 tahun lagi naik DG 48..ni untuk PPPS ja..untuk ex-PPLD lain la pulak kiraan servis dia..sebab 3 tahun servis masa PPLD baru dikira 1 tahun servis dalam DG 41..

    BalasPadam
  8. Cikgu-cikgu ini asik merungut x sudah2 walaupun segala mcm kemudahan dan insentif dpt kat depa. Tak bersyukur langsung. Yg pembantu2 tadbir kat sekolah buat kerja x sudah2, kejap2 buat kenaikan gaji guru, kjp2 buat kenaikan pangkat guru, kjp2 buat pertukaran guru dan entah apa2 ke jadah lg, sorang pun tak pandang. Bila dah dpt tunggakan gaji, masing2 buat bodoh, ucap terima kasih pun tak pernah. Apa punya manusia...

    BalasPadam
  9. @ Wu Ming (2/11/11 10:54 pg)
    Terima kasih atas komen anda!

    BalasPadam
  10. salam sumua...hahaha dah tau demo sumua ngajo kek mano...tapi bersabarlah sumua nie ujian tuhan...kekadang ada pro n kontra nya...kalu ngajo kek sek pon buke nyo sonang nak tuko pindah nie..

    BalasPadam
  11. @Wu Ming (11:00 ptg):
    W'salam...terimo kasih...sebonar eh den pon dah sodap ngajor sini...cumo yang tak sodap nyo peluang naik pangkat tak samo rato dongan cikgu kek sekolah nun.

    BalasPadam
  12. DAH MEMANG KEJE KERANI BUAT GAJI , APASAL LAK HANG DOK SIBUK, PERNAH KERANI SEK AKU MINTA 10 PERCENT DARI IMBUHAN YG CIKGU DAPAT, CIKGU TU BAYAR LA PULAK, DASAT SUNGGUH

    BalasPadam
  13. KALAU I DULU DAH 10 THN DAPAT DG 44, TAKKAN SKRG NAK TUNGGU LAGI 8 THN DG 48, KALAU NAK CUKUPKAN 16 THN, I TGGU LAGI 6 THN LA KAN, KALAU NAK TUNGGU LAGI 8 THN MEANS 1 KENA 18 THN LA NAIK KE 48, SEDANGKAN JUNIOR I, 16 THN AJE , HU HU INI TAK ADIL

    BalasPadam
  14. Nak buat macam mana dah dasar macam tu...memang 'cikgu2 senior' akan rugi la...tapi sepatutnya kena syukur jugak sebab sama-sama merasa 8 tahun..tu dah rezeki 'cikgu junior' sekarang redha aja la..macam dulu la...'cikgu senior' sekarang dah untung dari 'cikgu super senior' lepas time-based 10 tahun diperkenalkan...kan dah pernah rasa "untung" dulu..kenapa masa untung tu kena kat batang hidung sendiri tak penah "bising' pun? :)

    BalasPadam
  15. pelik btulll laaa.... jawatan pegawai kader ni bkn kena apply ka? jadi apa masalah nya jadi pegawai kader?? dah apply!!! terima ajelaaaa... ada pulak merungut anak tiri dgn anak angkat bukan tiri pulakkk!!!!! x faham btulll!!!!

    BalasPadam
  16. apa apa pun tungguuuuuuuuuuuuuuuuu , harap untung sabut timbul, kesian lak member yg dah tggu 10 thn, bru dapat thn depan, tapi tangga gaji mungkin dinaikkan 2 tangga , kan kan

    BalasPadam
  17. @takdak nama (28/11/11 11:56 pg) : sedara ni sebenarnya tak tahu apa-apa pasal pegawai kader KPM ni...untuk makluman hanya sebilangan kecil sahaja yang memohon jadi pegawai kader ni...kalau di percentkan dalam 5 % saja..selebihnya 95% percent adalah dipaksa untuk menjadi pegawai kader tanpa pilihan...lain kali kalau nak hantam orang..biarlah "FAHAM" dulu..kalau tak faham boleh bertanya...jangan jadi "BODOH SOMBONG"!

    BalasPadam
  18. mengikut cakap-cakap kawan dari semenanjung yang bertugas cikgu di pedalaman Sabah, mereka semua hanya guna duit imbuhan saja. Gaji utama tak terusik, itulah dalam beberapa bulan lepas guru-guru semenanjung diberi pilihan untuk balik ke Semenanjung tapi dapat sambutan sangat dingin. knapa ya, sebab duit diorang hilang bila balik kat semenanjung leh.. Dan paling best kata diorang baik kahwin dengan orang Sabah dapat lot tanah lagi.

    BalasPadam
  19. Salam cikgu aman tolong terangkan maksud peg kader kpm..tq ckg

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP