Maka tersebutlah sebuah kisah di dalam KitabTajul Al-Mulukin Wa Siyassah Lil Foyos berkisar tentang Kesultanan Empayar Poyos yang tersangatlah mashyur di seluruh nusantara hatta seantero dunia hendaknya...Adapun diriwayatkan pada genap 3 bulan purnama selepas Raya Haji pada tahun Gajah maka gemparlah seluruh empayar akan khabar tidak enak dari istana...Tuan punya empayar Duli Yang Dimuliakan Tuanku As-Sultan Atok Nujum Al-Foyos Wal-Gilers yang kesekian lamanya gering akibat terlebih makan Tonik Limau Selasih pemberian Tok Ambak telah dikhabarkan mangkat di julang...
Adapun perkhabaran kemangkatan As-Sultan Atok Nujum Al-Foyos Wal-Gilers amatlah berat untuk diterima oleh tiga orang Putera baginda dan bermuram durja serta berdukacitalah mereka itu bersama keseluruhan rakyat Empayar Poyos hendaknya...Dipendekkan cerita...setelah selesai segala urusan pemakaman baginda sultan...maka wasiat baginda yang dibawah peliharaan Memanda Bendahara Tok Bongok al-Changluuni pun diperdengarkan kepada sekelian rakyat jelata...
“ Wahai sekelian rakyat Empayar Poyos...ketahuilah bahawa dengan diperdengarkan wasiat beta ini maka bererti beta sudah pun meninggalkan kalian semua untuk selama-lamanya...kepada semua anakanda beta...Putera Mahkota Badi Morta As-Samdoli , Putera Kili Morta Al-Loqlaqi dan Putera Gita Morta As-Sengali janganlah terlalu lama kalian bermuram durja...Relakanlah pemergian beta ke alam baka...Kepada anakanda Badi Morta As-Samdoli, beta dengan ini mengamanahkan Kesultanan Empayar Poyos kepada anakanda...perintahlah dengan adil dan saksama serta penuh kebijaksanaan dan hikmah dalam memastikan Empayar Poyos terus makmur seantero dunia...
Harta pusaka beta yang bernilai hampir 34 Billion Dirham merangkumi lombong-lombong, ladang-ladang, hotel-hotel serta rumah-rumah sewa.....50% beta serahkan kepada Baitulmal dan 50% lagi beta serahkan kepada Yayasan Sultan Al-Foyos untuk digunakan bagi dinikmati sekalian rakyat serta memakmurkan Empayar Poyos...
Adapun Wang simpanan beta di dalam bank beta serahkan kepada kesemua anakanda beta Putera Mahkota Badi Morta As-Samdoli , Putera Kili Morta Al-Loqlaqi dan Putera Gita Morta As-Sengali serta kepada Tok Ambak Ketua Kultus Bayang Hitam....mungkin kalian semua terkejut bagaimana nama Tok Ambak boleh berada di dalam wasiat beta ini...ketahuilah bahawasanya Tok Ambak sangat berjasa besar kepada beta..Tonik Limau Selasih yang dibuatnyalah yang menyembuhkan beta daripada kesan santau angin Makcik Sihir Lakhsmina serta mengembalikan kesihatan batin beta sehingga berhasil mendapat Putera Gita Morta As-Sengali 3 tahun lepas....malangnya beta terlalu gelojoh sehingga berlaku penyalahgunaan tonik dan memudaratkan kesihatan beta...
Harta di dalam bank yang berjumlah 945 Juta Dirham itu beta serahkan kepada mereka berempat dengan pecahan seperti berikut....Putera Mahkota Badi Morta As-Samdoli akan mendapat bahagian terbesar sekali.....Putera Kili Morta Al-Loqlaqi akan mendapat kurang 5% daripada bahagian Putera Mahkota Badi Morta As-Samdoli.......Putera Gita Morta As-Sengali akan mendapat kurang 2% daripada bahagian Tok Ambak.......manakala Tok Ambak pula akan mendapat kurang 4% daripada bahagian Putera Kili Morta Al-Loqlaqi..."
---------------------------------------------------------------------------------------
Actually panjang lagi cerita ni....tapi aku dah malas nak cerita...kalau hangpa terer...cuba kira berapa dirham harta Almarhum Sultan Atok Nujum Al-Foyos Wal-Gilers yang Tok Ambak Ketua Kultus Bayang Hitam dapat?
--
hmm..seperti biasa tak dapat sambutan..walaupun aku dah mempoyoskan diriku ini dengan kepoyosan di tahap maksima..still tak dak orang respon gak..actually dalam pala otak aku ni ada idea nak buat dia punya sequel..tapi kalau tak dak orang respon...ni yang wat aku malas nak sambung ni..
BalasPadamlaishh..sambunglaa besttt
BalasPadamok man da dpt jawapan: Badi bhg paling byk, kili krg 5% dr badi,tok ambak krg 4% dari kili n gita krg 2% dari tok ambak.So, badi(31.25%),Kili(26.25%),tok ambak(22.25%) and gita (20.25%)kira sendirila yer jumlahnya daripada 945 dirham...tol x?
BalasPadambadi = a %
BalasPadamkili =(a-5) %
ambak = (a-5-4) %
= (a-9) %
gita = (a-9-2) %
= (a-11) %
a+(a-5)+(a-9)+(a-11)=100 %
4a-25=100
4a=125
a=31.25 %
% ambak = (a-9)%
= (31.25-9) %
= 22.25%
dirhamambak =(22.25/100)x 945000000 = 210 262 500 dirham
pecah kepala....
BalasPadam