Selasa, 2 Ogos 2011

CERITA TENTANG LALUAN KERJAYA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH

Sebenarnya benda ni aku pernah cerita dah dulu..kat sini....tapi mungkin sebab aku tulih panjang sangat dan tak dak satu ilustrasi pun untuk back-up ayat aku tu..maka ianya mengakibatkan ramai yang salah faham..so aku nak cerita balik la pasai Laluan Kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah ni atau lebih dikenali sebagai Cikgu..


Tapi kali ni aku nak buat comparison antara laluan kerjaya PPPS kat sekolah (Cikgu) dengan PPPS kat kementerian lain (Pegawai Kader)...ok gambar kat bawah ni cerita tentang laluan kerjaya cikgu kat sekolah..


(klik untuk besarkan)

So macam yang hangpa tengok la...cikgu kat sekolah ni ada tiga laluan depa boleh lalu untuk nak naik pangkat..samada nak ikut laluan biasa ka atau ikut laluan fast-track...laluan biasa tu kalau ikutkan sebelum 16 Mei 2011 cuma ada time-based saja (>10 tahun) untuk gred DG 44 (KUP) dan DG 48 (KUP)...tapi masa hari guru hari tu PM ada umum nak buat 4 kategori baru untuk cikgu sekolah..Pendeta Guru..Guru Wibawa..Guru Kanan..Guru Biasa..aku tak tau la kategori baru tu dok kat laluan mana..tapi aku rasa mungkin laluan biasa kot sebab dia cuma sampai DG 54 ja..

Satu lagi laluan fast-track..hakiki dan cemerlang...dua-dua laluan ni cuma perlu tempoh perkhidmatan lebih 5 tahun saja untuk naik dari DG 41 ke DG 44 berbanding ngan laluan time based perlu lebih 10 tahun perkhidmatan...

(klik untuk besarkan)


Ok untuk Pegawai Kader macam aku ni pulak...macam hangpa tengok kami cuma tinggal laluan biasa saja untuk naik pangkat...hat laluan cemerlang tu memang confirm dah kena sekat..buktinya hangpa boleh check kat surat KPM nombor rujukan KP(JNJK)600-60/B/1/4/JLD.2(40) bertarikh 5 April 2011...pasai urusan pemangkuan Guru/Pensyarah Cemerlang 2011..dalam tu dia cuma mention Cikgu sekolah rendah/menengah, pensyarah Kolej Matrikulasi/ Institut Perguruan dan Institut Aminuddin baki saja...langsung depa tak mention pun pasai Pegawai Kader dalam tu.. 

Untuk laluan hakiki pulak...sebenarnya aku tak pasti lagi ada peluang ka atau dah kena block terus macam laluan cemerlang tadi..sebab depa KPM tak upload pun dalam laman sesawang dia pasai urusan naik pangkat cara hakiki ni..kalau nak kata tak ada pun boleh jugak sebab kalau ikutkan waran perjawatan yang JPA bagi kat Ministry yang kami kerja ni...cuma la takat DG 41 saja...so dah tentu la laluan hakiki tu dah tak dak kat sini...

So last yang tinggal cumalah laluan biasa saja..tu pun masih kurang lagi dari laluan biasa cikgu kat sekolah..sebab kat sekolah PM dah janji depa boleh naik sampai jadi Pendeta Guru..kami kat sini PM tak janji apa2 pun..so kalau kami tetap jadi Pegawai Kader sampai pencen ikut laluan biasa..just pencen dalam gred DG 48 je la..tapi kalau cikgu sekolah boleh pencen dalam DG 54..

Ni satu lagi mungkin ada jugak yang confuse..yang dikatakan hakiki tu maksudnya sapa-sapa yang naik pangkat tu dia memang duduk dalam gred tu..contohnya kalau dia naik DG 44 maksudnya dia memang duduk dalam waran perjawatan gred 44..tapi untuk DG 44 (KUP)..Khas Untuk Penyandang...hat ni yang ramai orang salah faham ni..yang DG 44 (KUP) ni dia tetap duduk dalam waran perjawatan gred 41 tapi emolumen dia ikut gred 44 tu..so tak dak masalah la kalau kat tempat dia kerja tu tak diperuntukkan jawatan untuk gred 44 pun..sangat berbeza dengan gred DG 44 hakiki...sebab tu la DG 44 hakiki boleh jadi Bos tapi DG 44(KUP) tetap menjadi orang bawahan..

Sekian saja dulu penerangan ringkas aku takat ni..hopefully hangpa yang masih keliru tu boleh la paham kot no...perlu diingat cerita aku kat atas ni hanyalah berdasarkan sumber-sumber yang terhad..so mungkin boleh silap..ikut sukalah nak terima atau tidak..tak dak hal punya..

5 ulasan:

  1. @Wu Ming (23/10/2011 2.25 ptg) : InsyaAllah akalau ada kesempatan masa aku akan buat posting pasal kader ni pulak..tapi ni aku copy paste dulu secara umumnya maksud kader dalam laman sesawang KPM..

    Apa maksud jawatan ‘Kader’ dan kenapa ia diwujudkan?

    Jawapan:
    Jawatan kader adalah satu jawatan yang diwujudkan berdasarkan keperluan tetapi pengisian dan laluan kerjaya adalah dikawal oleh ketua perkhidmatan Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang memiliki perkhidmatan tersebut .

    Jawatan kader diwujudkan bagi
    - melaksanakan fungsi khusus dalam organisasi
    - mengelakkan skim perkhidmatan-perkhidmatan kecil tertutup di sesebuah organisasi
    - memberi peluang yang lebih luas bagi maksud pertukaran dan kenaikan pangkat kepada penyandang-
    penyandang dalam perkhidmatan tersebut.

    BalasPadam
  2. salam admin, just nk ty, mcm mne pegawai kader nk bertukar ke jabatan lain?

    BalasPadam
  3. kenape tak minta posting ke sekolah.kawan saya pernah menjadi pegawai kader di jkm,minta tukar ke sekolah dan dapat posting balik ke sekolah

    BalasPadam
  4. Assalam admin..

    Nak tanya, bagaimana nk memohon jawatan sebagai pegawai kader ini jika dlm gred dg32?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP