Hari ni aku saja ja nak buat konspirasi sikit kasi hangpa saspen sikit...macam yang hangpa semua tau..masa bajet 2012 minggu lepas YAB PM kita ada umum kenaikan gaji untuk penjawat awam kalau memilih SBPA atau nama panjangnya Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam..
Yang hampehnya lepas ja habes bajet tu ramai penjawat awam yang kuciwa dan ada jugak yang marah sambil memaki hamun cikgu-cikgi se-Malaysia dengan selambanya kat dalam facebook serta blog masing-masing..Kononya hanya cikgu yang dapat kenaikan gaji..skim lain cuma dapat bonus ja..Ni aku nak habaq mai kat hangpa sikit ..cuba hangpa baca dan paham elok-elok apa yang YAB PM kita cakap dalam bajet tu..
Kedua: Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah 6,325 ringgit dan 39 sen, kelak, di bawah SBPA, gaji maksimum beliau akan meningkat 37.7 peratus kepada 8,710 ringgit. Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji maksimum adalah 3,860 ringgit dan 52 sen, kelak nanti, di bawah SBPA ia akan meningkat 39 peratus kepada 5,370 ringgit;
Ayat dia mudah ja kan..hat yang PM sebut Cikgu tu dia cuma buat contoh ja..hangpa pun dapat jugak..yang dok kelam kabut sangat tu pasai pa...Lain kali kalau nak komen apa-apa pun cuba la buat siasatan dulu..ni main hantam kromo ja..tulih macam-macam kat FB yang hanya Melabelkan Kebodohan Diri Sendiri saja..
Berdasarkan ucapan PM tu, aku pun terpikir jugak macam mana rupa skim gaji satu baris dalam SBPA tu..so pikir punya pikir sampai aku tertidor dan bermimpi tengah makan cucur udang adabi cicah kopi radix dengan PM Najib kat cafetaria Jabatan Perdana Menteri..so aku pun tanyala PM pasai gaji cikgu tu..punya la panjang lebar dia expalin kat aku..fuh, terasa sungguh spesel sekali diriku ini kerana dapat mendengar sendiri explanation dari beliau..So ni la rupa bentuk gaji SBPA tu..ni gaji DG 48
hat ni pulak gaji DG 34..
Amacam..menarik kan..tapi aku nak tegaskan kat sini..segala cerita jumpa PM Najib tu hanya lah fantasiku semata-mata...so aku tak mau bertangunggjawab kalau ada sapa-sapa yang rasa kena tipu kalau gaji SBPA betoi nanti lain dari gaji dalam mimpi aku ni..Adios amigos.
Gred DG44 tak ada mimpi ke
BalasPadamJusa A,B,C tak termasuk dalam kategori ini. Diorang punya kenaikan sekrang aje adalah dari RM500 hingga RM800 setahun. yang pasti semua kategori akan pergi ke P2 atau P3 yang mana lebih tinggi. Dari P3 T1 @ P2 T1 barulah ditambah kenaikan tahunan yang baru. Gred 1-17:RM80-RM90, Gred 29:RM110, Gred 32 & 34 :RM150, Gred41:RM135, Gred44:RM220. Gred48&52:RM300. Gred 54:RM320. Kiraan ini diambil kira daripada contoh yang diberikan Dato Najib bagi gred guru DG 34 dan DG 48. Semua gaji akhir akan bertambah tangga dan gaji akhir bagi P2 @ P3 sekarang di tambah 35-40%(untuk gred 27-54 shj, gred 17 ke bawah kenaikannya lebih tinggi) maka gaji tahunan P2@P3 juga ditambah sebanyak 30-40% bergantung kepada gred. kenaikan P1 ke P2 atau P1 ke P3 adalah antara 7-13% kalau x pecaya kira. Maka semua kiraan gaji baru hendaklah pada P2 atau P3 yang mana lebih tinggi
BalasPadam@Tanpa Nama : Tak sempat nak mimpi DG 44 tu dah terjaga dari tidur..hehehe
BalasPadam@ Tanpa Nama 11:38 pm : Betoi ka gaji permulaan dalam SBPA nanti ikut tangga yang paling bawah sekali?...syok la klau lagu tu..ok kalau ikut maklumat hang bagi tu maknanya DG 48 akan ada 14 matagaji la..gaji mula SBPA T1 = RM 4786.37 (P2T1-SSM)
BalasPadamTn = a + (n-1)d
T14 = 4786.37 + (14-1)d
d = (8710.00 -4786.37)/13
d = 301.818
kenaikan gaji tahunan DG 48 = RM 301.818
.......DG48.......
T1 = RM 4786.37
T2 = RM 5088.19
T3 = RM 5390.00
T4 = RM 5691.82
T5 = RM 5993.64
T6 = RM 6295.46
T7 = RM 6597.28
T8 = RM 6899.10
T9 = RM 7200.91
T10 = RM 7502.73
T11 = RM 7804.55
T12 = RM 8106.37
T13 = RM 8408.19
T14 = RM 8710.00
insyaallah, dh beberapa kali kiraan aku buat. aku ni cikgu DG41 ex-PPPLD, jadi kenaikan gaji tu berdasarkan gred cikgu.Sedikit Perbezaan berlaku mengikut kategori perjawatan kita. DG,U,J,M ada sedikit perbezaan. kalau ikut pengiraan diatas bagi DG48 betul la tu.
BalasPadam@Tanpa Nama 10:12 am : baru la aku tahu rupanya kenaikan 7%-13% yang PM umum tu maksud dia gaji mula ikut tangga paling bawah..terima kasih kerana mencerahkan minda aku tuan..Cikgu Tanpa Nama??(xtau nk panggil hg apa)..
BalasPadamalamok..abes la lagu ni..kira apa yang aku dah posting sebelum ni silap la..tapi nasib amaun yg aku kira tu lagi sikit dari amaun sebenar..kira ok la tu..orang expect dapat sikit rupanya dapat lagi banyak..hehehe
Gaji untuk DGA32 tak de ka?
BalasPadamdga29?
BalasPadamdga 29 or dga 32 xde ke???
BalasPadam@ Cikgu Mira :
BalasPadammaaf la saudari...aku dah malas nak kira dah!
Tahniah cikgu Man,kerja besar wawasan hebat.Kita jumpa tahun depan dalam limpah rahmat yang berganda.Syabas dikau memotovasikan.
BalasPadamtahniah untuk para guru
BalasPadamaku pun ada calculation.calculation aku pada tarikh 15 disember ni...tunggu....
BalasPadamSEMUANYA MENGARUT TUNGGU 7/12/2011
BalasPadamSEMUANYA MENGARUT TENGOK 7/12/11 BARU TAU..
BalasPadamDah kuar dahhhh... gaji dg44 naik rm2,01 sen jer dan dg 48 naik rm 35
BalasPadamPANGKAH JANGAN TAK PANGKAHHHH
ya!!!! pangkah jangan tak pangkahhhhhhhhhhhhhhh
BalasPadamcontoh taik hang...yg guru dapat time base 8 tahun ja apa ? Jabatan lain tetap dgn 15 tahun..hang ada tau ka...sembang ja kuat..pirahhh
BalasPadamla haii...yg kita dok sibok kira tu kira ni watpanya..15 dis nii sifir gaji keluar...kita sama2 tgk la..kan kan..la ni semua dok teka2 ja kan..
BalasPadam@Lupa Nama Sendiri(11/12/11 1:34 PTG):
BalasPadamAku memang dah lama kesian kat kawan2 gred N ni...time-based sampai 15 tahun...cikgu punya time-based 10 tahun..tapi cikgu dah disingkatkan ke 8 tahun dan gred N tak ada apa2 makluman pun samada disingkatkan time-based atau kekal...perasaan hasad dengki hang kat cikgu membuatkan hang tak sedar..sebenarnya ada lagi skim lain (bukan PTD) walaupun tak ada time-based tapi naik gred 41 ke 44 dalam masa 5 tahun ja...lagi cepat..tapi tak pernah ada yang nak hantam pun...cikgu jugak yang kena serang..ni berdasarkan pengalaman aku sendiri..kawan2 dari skim yang aku maksudkan tu..memang depa cukup 5 tahun naik dari 41 ke 44...tapi kalau yang kump sokongan lagi best...kawan aku yang sekarang ni di gred 38 hanya mengambil masa 11 tahun saja dari gred 29 naik ke 38...sedangkan kalau cikgu gred 29 nak naik ke 38 mau nak dekat 30 tahun servis..tu pun boleh dibilang dengan jari jumlahnya...tapi orang tak tau..orang dok nampak cikgu saja lebih sebab cikgu selalu disebut2 oleh pemimpin negara..
Saya sokong aman arab , masyarakat luar tak tahu guru dga 29 nak ke dga32 ambil masa lebih dari 15 tahun untuk guru-guru senior. Guru baru memang untung. Tahun 2004 guru mengajar 10 tahun sama gaji dengan guru mengajar 21 tahun kerana naik gred 32 sama tarikh. Memang sedih gila. tapi dah rezeki guru baru. Redha saja lah.
BalasPadampatutnya gaji guru tak yah naik pun.. buat rugi je. bebudak yang cerdik skang ni pun banyak belajar di kelas tusen jer.. cikgu kat sekolah HAPRAK... asik minta gaji lebih je. tiap2taun pula tu.
BalasPadamgaji cikgu lebih tinggi dari gaji pensyarah..mcm mana plak tu?
BalasPadamanon 19 Disember 2011 11:02 PG
BalasPadampatutla hang jd bodoh dan haprak...jasa cikgu hang pun hang tak terimakasih...nih nasib baik hang pandai menulis..dptla berkat mai ka sekolah dulu2...kalau tak confirm bodoh,buta huruf,buta warna....
Setiap perkara ada baik buruknya ada untung rugi,kalau dulu masa Pak Lah ada orang untung dan ada yang rugi ni pun samalah..tak payah merungut kalau mmg rezeki kita tak kemana... tapi kalu dah bukan rezeki kita ...harap mume jagalah akidah sikit jangan main sedap mulut je....
BalasPadamSaya sokong'saya sayang ckgu'...Yg dok kata haprak kat ckgu tur dia sbnaqnya yg haprak..mujuq ang kenai huruf kt laptop leh gak eja perkataan haprak...huhuhu....
BalasPadamsaya hormat cikgu
BalasPadamKalau ibu bapa suka kutuk cikgu,kebanyakan anak-anak dia orang jadi bodoh. Itu balasan tuhan kepada ibu bapa bodoh
sombong.