Khamis, 14 Oktober 2010

PELAJAR YANG TERLALU TERER



Cikgu : Sekarang saya nak hangpa semua jawab soalan saya ni...EMPAT TOLAK DUA berapa?
Pelajar: 4 – 2 = 2..
Cikgu : Betul ke dua..hangpa pasti ka?..ok Karim, Kader..betul ka?
Karim : Betul Cikgu..DUA
Kader: Jawapan dia DUA cikgu..
Cikgu : Bagus...hangpa semua memang pandai.


Cikgu : Ok kalau TOLAK DUA TAMBAH EMPAT pulak..berapa jawapannya?
Pelajar : ENAM
Kader : Eh apa pulak 6..LAPAN la..
Karim : Hang lagi bengong..Kan kat depan tu ada tolak...jawapan dia TOLAK ENAM.
Kassim : Bukan tolak la..NEGATIF ENAM...cikgu pun silap tu..
Cikgu : Oh ya ka..maaf...ok ganti TOLAK dengan NEGATIF..so apa jawapannya?
Pelajar: -2 + 4 = -6 ..
Cikgu : Kamu pastiker tu jawapan dia?
Pelajar: Iye..NEGATIF ENAM..
Cikgu : Muktamad?..tiada bangkangan?
Pelajar: Muktamad cikgu...
Cikgu : Sekali lagi...hangpa memang terer.

Cikgu : Kalau LIMA TOLAK EMPAT?
Pelajar : SATU.
Cikgu : TOLAK EMPAT TAMBAH LIMA?
Pelajar : TOLAK SEMBILAN
Cikgu : Betul ka?..muktamad?
Pelajar: muktamad cikgu..
Cikgu : Kassim macam mana?
Kassim : NEGATIF SEMBILAN la..
Cikgu : Alamak saya silap lagi...Hangpa memang terer.

Cikgu : Katakanlah hangpa hutang dengan saya DUA ringgit...hangpa dah bayar EMPAT ringgit...jadi hangpa masih hutang lagi dengan saya ENAM ringgit...betul?
Pelajar : Eh..mana boleh cikgu...sepatutnya dah habis la hutang tu..
Cikgu : Apa alasan hangpa?
Pelajar : Kami hutang DUA ringgit ja..lepas tu bayar EMPAT ringgit..bukan saja dah habis bayar hutang..lebih lagi DUA ringgit lagi..
Cikgu: Habis tu kan hangpa cakap tadi..-2 + 4 = -6 ?
Pelajar : Eh........
Cikgu : Kassim?
Kassim : hehehehe...

7 ulasan:

  1. salam,

    Lawak pembuka minda di pagi Jumaat...
    Ceria Selalu!!!

    BalasPadam
  2. w'salam..

    Sebenarnya ni cerita berdasarkan pengalaman sendiri..

    BalasPadam
  3. Salam. Bagus ni. Memang kene kene apllykan situasi baru nak paham budak2 skang ni

    BalasPadam
  4. hm, selalunya cerita macam ni berlaku kat diri sendiri kan.. saya pun jadang2 mengajar, jawapan ada2 sahaja

    BalasPadam
  5. bijak2 cikgu rahman.. hehe..

    BalasPadam
  6. Akma : budak2 ni memang kalau bab2 kira duit ni cukup cekap...

    Lia : biasala tu..lain yang kita tanya lain yang dia jawap..

    ezany : hehe..saja ja nak bagi bebudak tu pikir sendiri mana silap depa..

    BalasPadam
  7. Patutlah pengalaman cikgu sendiri...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP