Adapun pada Bab Ke-8 dalam Kitab Tajul Al-Mulukin Wassiyasah Lil-Foyos...tersebutlah perihal akan kisah Sultan Empayar Poyos yang baru iaitu As-Sultan Badi Morta As-Samdoli ketika mahu memasuki Kamar Rahsia Perbendaharaan Negara untuk mengambil sedikit harta buat diserahkan kepada Aduka Puri si Ketua Masak Istana kerana mahu membeli minyak masak yang sudah kehabisan stok...Adapun diriwayatkan bahawa gerbang kamar rahsia itu telah dilengkapkan dengan sistem keselamatan yang sangat canggih melangkaui zaman dimana ianya memerlukan nombor password untuk membukanya...
Buy Guncle Shirt: Celebrating Gay Uncles with Style
2 hari yang lalu