Ahad, 16 Jun 2013

Teori Konspirasi : Kenapa Guru Interim 2013 Lambat Dilantik Tetap PPPS DG 41

Dah lama bebenor aku tak buat teori konspirasi ni...dulu penah buat cerita pasai konspirasi SBPA...ramai gila orang gomen yang maki hamun aku...sebab tu kot antara alasan kenapa aku 'senyap' lama dari update blog ni...tapi aku nak tegaskan sampai hari ni aku masih lagi tetap penyokong tegar SBPA...sangat terkilan kerana skim tu dimansuhkan...patutnya pebetoi hat 'kureng' tu ja....tapi nak komplen banyak pun tak guna dah kan...bak kata hero filem melayu dulu-dulu....."Barang yang lepas usahlah dikenang".

Bercakap pasai konspirasi kali ni pulak...tajuk kat atas tu aku main letak ja...saja nak bikin gempak...sebenarnya idea teori konspirasi ni bermula dengan isu pertukaran guru bagi sesi Jun 2013 yang ditangguhkan tu....Cikgu-cikgu yang mintak pindah tengah tahun ni tahulah isu ni...yang lain-lain mungkin tak tau....ni print skrin dari laman e-GTtukar


Dari maklumat dalam e-GTukar tu....Keputusan pertukaran guru ditangguhkan sebab nak sekalikan dengan penempatan guru baru...idea yang sangat bagus sebenarnya....senang guru lama bertukar sebab tempat guru lama tersebut boleh diganti dengan guru baru...cuma yang menjadi persoalannya sekarang kenapa mengambil masa yang lama.?...kenapa tidak dipostingkan saja guru baru tu masa buka sekolah lepas cuti tengah tahun 10 Jun hari tu?

Kalau ikutkan makluman dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dalam Utusan...klik sini.... masa bulan Februari 2013, SPP tengah pertimbangkan seramai 7824 graduan ISMP untuk dilantik ke jawatan tetap tahun ni...dan sebahagian daripada 7824 orang ni pun dah di lantik menjadi Guru Interim kat sekolah-sekolah seluruh Malaysia....cuma pelantikan tetap ke Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah saja belum dilakukan dan ditangguhkan sehingga selepas Julai 2013...Soalan lagi...Kenapa posting selepas bulan Julai 2013?....Jawapannya mudah saja...Penjimatan Kos...semua ni sebab pemberian kenaikan gaji tahunan yang diawalkan bulan Julai 2013 ni...ok tengok contoh ringkas kat bawah ni:

Kes 1 : Lantikan Sebelum 1 Julai 2013
Cikgu  Karim ( bukan nama sebenar) seorang graduan Sarjana Muda Pendidikan Matematik dengan Kepujian.

Dilantik Guru Interim : 18 Februari 2013.
Dilantik DG 41 : 1 Jun 2013.
Gaji bulan Jun 2013  = RM 2222.94
Gaji bulan Julai 2013 = RM 2447.94
Gaji bulan Disember 2013 = RM 2447.94


Kes 2 : Lantikan Selepas 1 Julai 2013.
Cikgu Kader (bukan nama sebenar) seorang graduan Sarjana Muda Pendidikan Sejarah dengan Kepujian.

Dilantik Guru Interim : 18 Februari 2013.
Dilantik DG 41 : 1 Julai 2013.
Gaji Bulan Julai 2013 = RM 2222.94
Gaji bulan Disember 2013 = RM 2222.94


So, hangpa nampak tak permainan depa kat situ?....berapa banyak gomen dapat jimat bila depa tangguhkan posting cikgu-cikgu baru ni...jom kita kira :

Cikgu baru x KGT x (Julai hingga Disember)
7824  x 225 x 7 = RM 12,322,800.00

Lebih 12 Juta tu gomen dapat jimat...tu pengiraan tahun ni saja...kalau kira sampai bulan Julai tahun depan...hangpa kira la sendiri...sangat banyak untung dia...lagi satu mungkin ada tak paham pasai pa guru interim ni tak layak dapat kenaikan Julai tu..hat tu aku malas nak explain dah...hangpa buat la bacaan sendiri kat sini dan sini....sampai sini saja dulu untuk kali ni...adios amigos!


15 ulasan:

  1. oh,ku bukan cikgu. aku pun xfhm. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni cerita bab gaji cikgu...hat bukan cikgu tak paham...tak dak hal punya!

      Padam
  2. politik punya pasal jugak lah kot..kannn..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tiada sebarang komen untuk pernyataan dia atas...hehehe

      Padam
  3. aku tak paham jugak sekian :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pa..la ni memang hang tak paham..besok-besok hang dah dapat posting tetap..hang akan paham la!

      Padam
  4. saya tak paham calculation yg ni

    Cikgu baru x KGT x (Julai hingga Disember)
    7824 x 225 x 7 = RM 12,322,800.00

    soalan saya, knapa kali 7?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kali 7 tu sebab saya nak kira untuk tahun ni ja...Julai 2013 sampai Disember 2013 = 7 bulan.

      Padam
    2. ada lawak jugak baca soalan yang sorg tu...hihi

      Padam
  5. Memang tak adillah bagi mereka yang dapat interim tu.

    BalasPadam
  6. MA SPM sama dengan Cikgu18 Julai 2013 2:10 PTG

    Kami MA dan nurse mencadangkan kerajaan menaikkan gred kami sama seperti guru.

    Dengan memberikan ijazah tanpa mengira kepandaian seperti maktab twining dengan ipt 5 tahun atau melalui kursus ringkas mudah lulus (preferable) untuk kami naik kejawatan dan gaji lebih tinggi.

    Kami nak juga merasa jadi doktor dan gaji doktor. Kalau pendidikan boleh kenapa jabatan lain tidak? Adakah kerana menterinya cina?

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum, singgah dan follow di sini.

    BalasPadam
  8. syukurlah kita ada kerja......cikgu jangan banyak komentar...kalau tak jadi guru siapalah kita....

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum..salam ziarah!!

    Jemput ziarah blog saya ;)
    http://supplementforall.blogspot.com/

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP