Ahad, 13 Februari 2011

LAGENDA BURUNGMAN SUPERHERO MALAYSIA

WARNING : THIS STORY MAY CONTENT AN EXTREME WORDS OF PRAISE THAT MAY NOT SUITABLE AND ANNOYED FOR SOME PARTY..READER DISCRETION ADVISED...

Burungman adalah seorang superhero yang sangat cool dan handal…beliau berkebolehan untuk berlari dengan kelajuan 8 kali kelajuan bunyi dan mempunyai badan yang sangat kebal dari segala senis senjata…yang lagi best beliau merupakan satu-satunya superhero yang mempunyai PhD dalam bidang memasak dan jahitan…kostum superhero yang dipakainya itu pun adalah hasil ciptaannya sendiri dengan menggunakan teknologi yang sangat hebat..cool kan!

Burungman sangat gemar membantu orang dalam kesusahan…sekiranya terdengar sahaja ada orang yang memerlukan bantuan..dengan tanpa segan silunya beliau terus menolong tanpa meminta apa-apa balasan…sungguhlah murni jiwanya serta baik budi pekertinya…


Pada satu hari, semasa Burungman merayau-rayau di tepi sungai mencari orang yang memerlukan bantuan…maka terjumpalah beliau dengan 4 orang kawan iaitu Andika, Bajak Jalai dan Melati yang dalam keadaan seperti sedang memikirkan sesuatu permasalahan yang berat…lalu beliau pun menawarkan diri untuk membantu selesaikan apa saja permasalahan yang sedang dihadapi 4 kawan itu..

Rupa-rupanya Andika, Bajak, Jalai dan Melati merupakan anak murid kepada Tok Aman Perwira Sakti Alam yang sangat terkenal seantero dunia…Tok Aman Perwira Sakti Alam tinggal di seberang sungai…4 sekawan tersebut ingin menyeberang untuk pulang ke tempat perguruan mereka tetapi masalahnya…Tok Aman telah mengenakan jampi hikmat keatas sampan yang digunakan untuk mereka dengan beberapa syarat seperti berikut..

- Hanya seorang atau dua orang sahaja boleh berada dalam sampan pada satu-satu masa..

- Hanya orang yang paling lambat sahaja boleh mendayung sampan tersebut..

- Sampan hanya dapat bertahan selama 17 minit sahaja..selepas tu akan karam..

Burungman merasa sangat kesian kepada 4 sekawan tersebut dan berjanji akan menolong sekadar yang mampu sekiranya boleh..beliau cakap macam tu sebab beliau seorang yang sangat merendah diri…walaupun pada hakikatnya Burungman sangatlah bijaksana lagi celik akalnya…lalu beliau pun bertanya kepada mereka berempat berapakah masa yang diambil masing-masing untuk menyeberang sungai tu…masa yang diambil ialah..

- Andika boleh mendayung sampan seberang sungai dalam masa 1 minit..

- Bajak boleh mendayung sampan seberang sungai dalam masa 2 minit..

- Jalai boleh mendayung sampan seberang sungai dalam masa 5 minit..

- Melati boleh mendayung sampan seberang sungai dalam masa 10 minit..

Selepas menganalisa semua maklumat…Burungman yang sangat bijak dan hensem itu berjaya memikirkan jalan penyelesaian…lalu beliau pun menyuarakan idea beliau kepada 4 sekawan itu iaitu… ******cencored*****… lalu selesailah masalah mereka berempat… selepas itu mereka pun ucap terima kasih kepada Burungman serta saling bertukar-tukar alamat facebook dan nombor henpon masing-masing supaya senang nak mintak bantuan Burungman di lain waktu..

Sekali lagi Burungman telah membuktikan bahawa beliau sememangnya seorang superheroMalaysia yang sangat kacak, hensem, macho, kuat, gagah perkasa lagi bergaya… WAY TO GO BURUNGMAN!

14 ulasan:

  1. Aku dah malas nak edit dah..so dengan tanpa rasa bersalahnya aku pun publish ja cerita ni..walaupun macam tersangkut di tengah jalan..nasib la..

    BalasPadam
  2. macam cerita betul saja ko reka ni haha

    BalasPadam
  3. macam betul jex..tapi eyka suke burng dkat bwah 2..comeyy~ hehe:)

    BalasPadam
  4. Sharienz : cerita ini hanya rekaan semata-mata..tiada kaitan antara yang masih hidup atau belum lahir lagi...

    Eyka : Burungman adalah superhero Malaysia..sudah menjadi kewajipan kepada beliau untuk sentiasa posing comey2 time bergambar..

    BalasPadam
  5. Hmm..tak ada orang yang nak cari ka..apa sebenarnya cadangan Burungman untuk selesaikan masalah 4 sekawan tu?

    BalasPadam
  6. muahahahaa... macam baca cerita dolu-dolu.. macam cerita hikayat.

    BalasPadam
  7. hahaaa ada gak kisah burung man ni kan??hehee

    BalasPadam
  8. menci.. ta tau sape yang dayung n ending dye. haha

    BalasPadam
  9. @Piah Becok

    Memang cerita hikayat pun..aku curi dalam Kitab Tajul Al-Mulukin Was-Siyasah Lil Foyos..kitab ni ada kat dalam perpustakaan rahsia dalam Istana Perdana Menteri ja..hehehe

    BalasPadam
  10. @Woofer storm

    Sebenarnya Burungman ni adalah seorang yang sangat Low Profile..sebab tu la rakyat marhaen sekalian kurang mengenali beliau..:P

    BalasPadam
  11. @Azzatul Fatonah

    Aku tau sapa yang dayung sampan tu...tapi aku saja dengki..tak mau bagitau..muahahahaha

    BalasPadam
  12. ngahahahahaaa!! ade betul rupenyeee!!! mntak kebenaran copy gmbr ye hahak!

    BalasPadam
  13. @Kamarukom
    kan aku dah cakap ada..hang yang tak mau pecaya..hahaha

    BalasPadam
  14. masyaAllah...hensem sungguh cerita cikgu.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP