Rabu, 14 Disember 2011

KELIRU NAK KEKAL DALAM SSM ATAU PILIH SBPA? #1

 

Walaupun Pekeliling Perkhidmatan Bil 13/2011 berkaitan SBPA ni dah keluar...tapi masih banyak lagi persoalan yang belum terjawap mengenai SBPA ni...Ramai yang keliru lepas baca pekeliling tu dan ada jugak kawan-kawan yang dok tanya pasai pa aku tak komen apa-apa pun pasai SBPA ni...Sebenarnya aku pun bukannya tahu apa-apa pun...belagak terer ja lebih...Sungguhpun begitu untuk tak mengecewakan kawan-kawan....aku bagi jugak la pendapat aku tentang SBPA ni...Aku dah baca pekeliling SBPA ni dan inilah perkara yang aku faham mengikut maklumat dalam pekeliling tu..

Perkara pertama yang paling menarik aku rasa dalam SBPA ni...setelah sekian lama akhirnya "kepelikan" dalam penentuan gaji permulaan PPPS DG 41 disedari jugak oleh puak-puak pembuat dasar ni...Kalau ikutkan penentuan gaji permulaan DG 41 dalam SSM sekarang ni tersangatlah tidak adil....Gaji permulaan ditentukan oleh kelulusan ikut bidang dalam sarjana muda...lain bidang lain gaji permulaannya...klik gambar di bawah:



Seperti yang hangpa semua boleh nampak...apekehalnyer sampai berbeza-beza tangga gaji ni...tak adil langsung...semua pun jadi cikgu jugak...kerja sama saja...kenapa nak kena bagi gaji ikut bidang kelulusan pulak..."sebab kami graduate engineering kena ikut gaji standard engineer la...kami graduate akauntan kena gaji standard akauntan la"...bila dah masuk skim PPPS ni...mana pulak jadi engineernya..cikgu jugak kan..kalau nak gaji macam engineer kerja engineer la...ni jadi cikgu jugak bukannya engineer...ni la jugak salah satu sebab ramai sangat graduan pasaran terbuka ni dok berebut nak masuk KPLI dan DPLI...contoh kalau graduan engineering jadi engineer kerajaan...gaji mula P1T1 = RM 2088.25...tapi jadi cikgu gaji mula  P1T6 = RM 2148.10...lagi banyak dari engineer tu...Pelik kan!

Ini kisah benar...kawan bini aku sendiri...berkelulusan sarjana muda dalam bidang perakaunan...habis belajar terus apply GSTT sekolah rendah  dan lepas setahun diserap ke skim PPPS DG 41 mengikut kaedah Kursus Dalam Cuti (KDC)...bukan KPLI yer..posting jugak ke sekolah rendah. yang sama...mengajar kelas pemulihan sahaja...tapi gaji mulanya RM 2509.90...berbanding kawan aku graduan ijazah pendidikan...posting ke sekolah menengah...ajar kelas SPM subjek Matematik Tambahan...gaji mula RM 1967.20...Sangat tidak adil...ye la memang dah takdir tu rezeki dia...bukan menidakkan rezeki tuhan bagi...cuma keliru kenapa terlalu "pelik" sangat?

So, syabas aku ucapkan kepada puak-puak pembuat dasar sebab berjaya membetulkan kembali "kepelikan" ini dalam SBPA nanti....makanya dalam SBPA nanti gaji mula untuk cikgu gred DG 1-1 hanya pecah dua saja...samada Sarjana Muda biasa (T1) atau Sarjana Muda Kepujian (T2)...Untung cikgu-cikgu baru!



habes episod pertama...tunggu sambungannya!

11 ulasan:

  1. man, boleh pcya ka jadual gaji yg baru kuaq yg depa semua dok hingaq la nie ???

    BalasPadam
  2. jgnler emo sgt bro.. yg amik engineering jd cikgu x seme PERASAn engineer bro.. pasal gaji tu bro tnyela kerajaan, duk ngata cikgu kpli dpli tu wat pa..pecayela yg ditakdirkan jd cikgu tu bkan kesilapan tp ade kelebihan yg tersirat bro.

    BalasPadam
  3. pada saya kelayakan gaji lama SSM memang betul..tak tak perlulah nak pelik..mungkin sebab bro baru masuk kerja (org junior)..
    kenapa gaji dulu dipecah2kan mengikut kelayakan? org dulu dah betul dah buat dasar bersesuaian dengan keadaan ketika itu.. kepakaran seseorang itu yang bidang pendidikan perlu.. memanglah mengajar sama..tetapi ilmu dan kemahiran tak sama bro.. guru dari dahulu bukannya hanya mengajar... dari dulu pun kepakaran mereka ini diperlukan..mungkin bro tak nampak "sejarah dulu-dulu"
    SBPA dirangka bersesuaian dengan keadaan semasa..kita tak boleh bandingkan dengan yg lama ..tak adil..

    BalasPadam
  4. Tapi macam contoh kawan bini aku tu...graduan akauntan..tapi mengajar kelas pemulihan sekolah rendah saja...bila masa dia nak guna "kepakaran" dia tu...takkan la budak-budak darjah satu pemulihan nak diajar akaun kot?...kira betul la "pelik" kan..kalau tak "pelik"...buat apa depa nak ubah pulak!

    tengok contoh skim PTD...tak kira la awak ambik ijazah apa pun..satera ka..sains ka..engineering ka...lawyer ka...semua akan start dengan gaji permulaan yang sama T1...

    teringat masa mula-mula masuk kerja dulu...ada taklimat daripada "orang lama JPA" yang pernah terlibat dalam gubal gaji semua skim PA...dia kata semua skim gaji digubal berdasarkan atas prinsip upah berdasarkan kerja...kerja engineer dengan cikgu tak sama...kerja lawyer dengan doktor tak sama..sebab tu la berbeza-beza antara satu skim dengan skim lain...tapi yang cikgu dibayar upah atas kelulusan pulak...tak cukup "pelik" lagi ka?

    BalasPadam
  5. Ape la yg di"pelik" kan sgt ni bro..
    sebenarnya pihak sekolahla yg kene pandai gunakan kepakaran yg ade setiap cikgu ataupun cikgu tu sendiri ade kepakaran tp malas yg amat, xnk kongsi ilmu yg ade. memangla bini kawan bro yg akauntan tu ngajar buadak ja..tp kalo dia pandai, rajin, sekolah pun bukak peluang, memang menjadi..x sia2 ilmu yg dia ade tu.
    Aku ni bkn ape, aku pun cikgu engineering jugak, byk kepakaran dh dimanfaatkan. kepuasan tu lebih dr aku jd engnr dulu, bdk2 n cikgu2 yg amik subjek teknikal di sekolah harian cth teknologi teknikal n lukisan kejuruteraan..aku gune ape yg aku ade bantu diorg,ade mase ngajar fizik, kimia, add math...InsyaAllah seme blh bro.. bkn kt sekolah aje, kolej2, sm teknik, vokasional, jabatan lain skalipun blh gune ape yg kite ade. ni bkn ckp kosong, seme jd kat aku cuma terpulang kt diri masing2 la, kalo xnk ilmu/kepakaran yg ade tu berkarat, pandai2 la gune tuk kebaikan. yg duk diam tggu gaji je tu aku xtau la kan hehe. ok bro juz nk kongsi ngn korg je.

    BalasPadam
  6. steady man... pru13 dah nk dekat.. sbb tu segala 'kepelikan' diperbaiki secepat mgkin...

    BalasPadam
  7. Sebenarnya pengalaman manusia menghasilkan persepsi yang berbeza-beza...sebab tu lah setiap pendapat setiap orang tu tak semestinya salah dan tak semestinya jugak betul...aku berbicara berdasarkan atas pengalaman aku tempuhi sendiri...pengalaman orang lain mungkin berbeza...jadi masing-masing punya pendapat sendiri...mungkin satu hari nanti jika aku punya pengalaman berbeza...persepsi akan berubah...terima kasih kerana kongsi pengalaman anda bro!

    BalasPadam
  8. cam guru lulusan maktab dan lulusan u ajar sekolah rendah. kerja sama aja ngajar tapi gaji beza.

    BalasPadam
  9. cuti utk dah la belambak tp ramai cikgu skarang xpandai ngajar melawa banyak lah, sambil ngorat anak murid nngorat ibubapa muda... tak banyak cikgu pandai banyak bodo adalah

    BalasPadam
  10. rezeki masing-masing... tp mmg fitrah manusia akan ckp benda tu x adil klu dorg x dpt nak merasa perbezaan gaji tersebut. cuba klu dorg merasa perbezaan gaji tersebut, mmg xdanya nak isukan benda ni...so bersyukurlah dgn apa yg ada....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP