Khamis, 15 Disember 2011

KELIRU NAK KEKAL DALAM SSM ATAU PILIH SBPA? #2


Esok 16 Disember 2012 semua penjawat awam akan mula diberikan borang opsyen samada untuk memilih SBPA atau kekal dalam SSM...tapi berdasarkan sembang-sembang dengan kawan-kawan cikgu...masih ramai lagi yang keliru dan rasanya salah faham dengan item-item dalam pekeliling tu...aku pun bukannya pandai sangat..cuma perkara yang disembangkan tu sebenarnya jelas ada dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil 13/2011 tu...samada depa tak baca atau terlepas pandang tak tahu la...

Salah Faham Yang Pertama :
"...kita dah tak dak pilihan dah...skim perkhidmatan kita ni dah dijumudkan...tak dak lagi PPPS atau PPPLD...semua jadi PPP ja...kalau ikut pekeliling tu jawatan jumud kalau menolak SBPA akan dibersarakan ikut akta KWSP atau Pencen...so nak tak nak kena sain terima la jugak opsyen tu...."


Komen Aku :
Memanglah jawatan PPPS dan PPPLD dijumudkan menjadi PPP...tetapi penjumudan jawatan tu hanya akan berlaku selepas perlaksanaan SBPA...Yang tak ada pilihan tu jawatan jumud yang sedia ada sekarang ni...contoh jawatan jumud sekarang ni boleh tengok kat sini..
Kedudukan Skim Perkhidmatan Jumud Sebelum SBPA
33. Semua jawatan jumud sebelum SBPA akan dimansuhkan mengambil kira fungsi skim perkhidmatan berkenaan tidak lagi diperlukan. Penyandang jawatan jumud ini akan ditawarkan opsyen bertukar ke skim perkhidmatan berkuat kuasa di bawah SBPA. Sekiranya terdapat penyandang di skim perkhidmatan jumud, Kementerian Pelajaran Malaysia perlu memaklumkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) (Bahagian Pembangunan Organisasi) untuk tindakan susulan.
34. Bagi pegawai dalam kategori ini yang tidak bersetuju menerima opsyen SBPA, pegawai di bawah Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dibersarakan di bawah seksyen 6A(6) Akta Pencen 1980 (Akta 227) yang dibaca bersama seksyen 10(5)(b) Akta 227. Manakala pegawai di bawah Skim Pencen akan dibersarakan di bawah seksyen 10(5)(b) Akta 227.
Tapi untuk cikgu-cikgu...masih ada pilihan lagi...boleh samada nak tolak atau nak terima SBPA ni...kalau tolak kekal dalam SSM la...tapi 10 perkara dalam item 112 PP13/2011 tu tetap kena jugak...

103. Bagi PPPS dan PPPLD yang tidak bersetuju menerima opsyen SBPA akan kekal atas skim perkhidmatan asal, serta tertakluk kepada terma dan syarat perkhidmatan sistem saraan yang terpakai bagi pegawai sebelum 1 Januari 2012.

Kan jelas, terang dan nyata benda ni dalam pekeliling tu...tak payah dok kelam kabut la cikgu...ada lagi masa nak pikir dan buat pilihan mana yang terbaik untuk diri sendiri...kalau tak terima SBPA pun takpa..tak kena "tendang" aih...tapi kalau terima SBPA ni lagi baguih...berdasarkan maklumat sedia ada ni..memang baguih dok ada sistem baru ni...macam mana baguih dia tu..hat tu nanti aku cerita lain.

4 ulasan:

  1. dah kuar ka jadual gaji baru tuh cikgu ???
    upload2 la skit

    BalasPadam
  2. salam..minta menjelasan...sy memang tak berminat skim pencen..sbb sy nak teruskan kwsp...kurang jelas..adakah bila sy pilih opsyen sbpa...saya wajib masuk skim pencen dan diberhentikan skim kwsp?...harap dapat penjelasan tq

    BalasPadam
  3. @Een:
    w'salam...mana ada..kalau dah memang skim kwsp masa ssm ni...sbpa nanti pun kekal dalam kwsp jugak...sbpa ni skim perkhidmatan ja berubah...persaraan opsyen kwsp atau pencen tak berubah.

    BalasPadam
  4. man..sain je..nanti byk lagi skim keluar,,nk pencen nanti ntah2 5 6 skim keluar..kalau tak tukar nanti susah nak naik pangkat mcm kes2 sblum ni..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP