Isnin, 5 Disember 2011

KONSPIRASI SBPA #4 : GAJI SKIM PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN DALAM SBPA


Walaupun ada "cakap-cakap" pekeliling baru tentang Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam akan keluar hari ni...tapi setakat masa aku tengah tulih posting ni...tak keluar pun lagi kat dalam laman sesawang JPA...tapi yang ada kat dalam laman muka buku Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar bin Haji Abdullah..beliau ada bagi sikit info tentang gaji untuk skim Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan dalam SBPA nanti..


Setelah dianalisa info yang KPPA bagi tu...rasanya apa yang aku kira untuk gaji cikgu sebelum ni semuanya salah...sebab lain sungguh rupanya dari apa yang PM bentang dalam bajet dengan kiraan sebenar oleh JPA ni..dalam bajet PM ada umum kenaikan gaji antara 7% hingga 13%...tapi mengikut info KPPA ni..memang tak sama langsung...lagi satu gaji maksimum pun jauh sangat lari percentnya...ni analisa aku:

Gred N17 :
Peratus kenaikan gaji permulaan = 16.41%
Peratus kenaikan gaji maksimum = 15.93%

Gred N22 :
Peratus kenaikan gaji permulaan = 0.24%
Peratus kenaikan gaji maksimum = 12.63%

Gred N27 :
Peratus kenaikan gaji permulaan = 17.06%
Peratus kenaikan gaji maksimum =12.62%

Gred N36 :
Peratus kenaikan gaji permulaan = 1.12%
Peratus kenaikan gaji maksimum =13.1%

Memang sangat berbeza dengan yang PM umum dalam Bajet 2012 hari tu...tak tahu la samada info dari muka buku KPPA ni betoi atau tak sebab pekeliling belum keluar..tapi dah beliau kan Ketua Pengarah..takkan la beliau nak tipu pulak kan... 

So, sebelum ada yang nak meng'hantam' aku sat lagi...aku nak MINTA MAAF siap-siap..bukan niat aku nak tipu hangpa...tapi tak sangka pulak rupanya pengiraan SBPA yang sebenar oleh JPA tak sama dengan apa  yang PM bentang..huhuhu

7 ulasan:

  1. naz : Tapi klu berdasarkan budget, saya pun kira mcm cikgu kira...xtahu knp kua lain plak..dorang ckp xserupa nikin ka??

    BalasPadam
  2. @naz :
    Tu la pasai...PM cakap lain...JPA pulak kira lain..pening2!

    BalasPadam
  3. naz:ayah dan akk sy guru matematik,sebelum tgk kiraan ckgu, sy dan ayah sy pun ada kira berdasarkan budget yg samar tu.. dan dpt kiraan sebiji mcm cikgu kira..tp bila kua dekat muka buku KPPA..mmg betul2 lain..kat ne yg 7-13% tu..knp plak mata gaji akhir jadi makin pendek..contoh N17 SSM P1T24..tp SBPA P1T20..knp plak jadi camtu?ke untuk guru2 je lain??sy pun pening..

    BalasPadam
  4. KPPA yang sign pekeliling...xkanla salah plak... :(

    BalasPadam
  5. xsilapnye..ini bukn kenaikn gaji y dikhabrkan PM..ni adela penukaran sistem Saraan PA...kenaikn tu akn dibuat seleps ni iaitu dalm awl tahun 2012...KEPASTIANNYA...tidk diketahui...

    BalasPadam
  6. gaji n17 dah keluar , depa siap dah tunjuk anak panah , gaji sekian ke gaji sekian. nampak ada la senior dan junior gaji sama , yg beza setahun tu, huh uh hu

    BalasPadam
  7. tgk dalam berita semasa .com

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP