Selasa, 19 Oktober 2010

TEKA-TEKI MATEMATIK MUDAH



Hari ni aku malas nak buat cerita poyos dah..teka-teki pun nak bagi yang mudah takat level sekolah rendah ja...macam sebelum ni ramai cakap aku bagi soalan susah sangat..sebab tu tak dak orang nak jawap..so jawapla soalan ni..


Khamis, 14 Oktober 2010

PELAJAR YANG TERLALU TERER



Cikgu : Sekarang saya nak hangpa semua jawab soalan saya ni...EMPAT TOLAK DUA berapa?
Pelajar: 4 – 2 = 2..
Cikgu : Betul ke dua..hangpa pasti ka?..ok Karim, Kader..betul ka?
Karim : Betul Cikgu..DUA
Kader: Jawapan dia DUA cikgu..
Cikgu : Bagus...hangpa semua memang pandai.

Isnin, 4 Oktober 2010

JAWAPAN TEKA-TEKI MATEMATIK POYOS


Disebabkan dah ada orang yang jawap teka-teki ni dan betul pulak tu..so aku nak bagi penerangan la macam mana boleh dapat jawapan macam tu...aku tahu ada jugak yang pening lagi macam mana nak kira walaupun level teka-teki ni menengah rendah ja...so diharapkan hangpa dapat belajar sesuatu la dari penerangan aku ni..

Sapa-sapa yang tak penah baca soalan dia boleh klik kat sini...soalan teka-teki

Rabu, 29 September 2010

TEKA-TEKI MATEMATIK POYOS THE SECOND


Adapun tersebut kisah pada satu hari, Kampung Teluk Belacan yang terletak di pinggir sempadan Empayar Poyos telahpun di serang oleh Puak Orga Belantara Gundur dengan rakus sekali...habis keseluruhan penduduk kampung termasuklah haiwan ternakan hatta tanam-tanaman menerima bahana dek kerakusan Puak Orga Belantra Gundur itu...tiada seorang hatta seekor pun terselamat kecuali seorang kesatria muda yang kebetulan tiada di kampung kerana sedang berdating dengan awek kampung sebelah.

Sabtu, 25 September 2010

TEKA-TEKI MATEMATIK POYOS


Maka tersebutlah sebuah kisah di dalam KitabTajul Al-Mulukin Wa Siyassah Lil Foyos berkisar tentang Kesultanan Empayar Poyos yang tersangatlah mashyur di seluruh nusantara hatta seantero dunia hendaknya...Adapun diriwayatkan pada genap 3 bulan purnama selepas Raya Haji pada tahun Gajah maka gemparlah seluruh empayar akan khabar tidak enak dari istana...Tuan punya empayar Duli Yang Dimuliakan Tuanku As-Sultan Atok Nujum Al-Foyos Wal-Gilers yang kesekian lamanya gering akibat terlebih makan Tonik Limau Selasih pemberian Tok Ambak telah dikhabarkan mangkat di julang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP