Khamis, 24 Februari 2011

JAWAPAN TEKA-TEKI POYOS THE SECOND

Sebenarnya dah dekat 5 bulan dah aku post teka-teki ni...tapi nampaknya masih belum ada yang sudi menjawap..tapi tak apa..sekarang ni aku bagitau la apa jawapan dia..ok bagi yang tak pernah baca teka-teki ni...boleh la tengok kat sini..Teka-Teki Matematik Poyos The Second.

Ok..sebenarnya kalau hangpa betoi2 ikut arahan yang Tok Jenglot Ngokngek bagi kat Kesatria Muda tu..mesti boleh dapat jawapan punya..kalau tak percaya cuba hangpa test guna kotak mancis...cari 100 kotak dan cuba main bukak tutup 100 kali ikut arahan tu..tu pun kalau hangpa rajin la..tapi kalau tak mau buat pun takpa..actually aku dapat pikir 3 cara untuk jawapan dia..tapi aku just tunjuk satu cara ja la..kalau banyak sangat takut pening pala pulak..

Actually tak payah bukak sampai 100 peti manikam tu pun boleh cari jawapan dia jugak..katakan Kesatria Muda cuma bukak 10 ja Peti Manikam tu..ok aku tunjukkan dalam bentuk gambar supaya lebih senang hangpa nampak flow dia..

Pertama : Bukak semua Peti Manikam tu..

Kedua : Tutup setiap peti dalam gandaan 2..

Ketiga : Tutup peti terbuka dan buka peti tertutup dalam gandaan 3..

Keempat : Tutup peti terbuka dan buka peti tertutup dalam gandaan 4..

Kelima : Tutup peti terbuka dan buka peti tertutup dalam gandaan 5..

Keenam : Tutup peti terbuka dan buka peti tertutup dalam gandaan 6...

Ketujuh : Tutup peti terbuka dan buka peti tertutup dalam gandaan 7..

Kelapan : Tutup peti terbuka dan buka peti tertutup dalam gandaan 8..

Kesembilan : Tutup peti terbuka dan buka peti tertutup dalam gandaan 9..

Kesepuluh : Tutup peti terbuka dan buka peti tertutup dalam gandaan 10..

So, selepas dah habes 10 kali main bukak tutup Peti Manikam tu...maka dapatlah 3 peti yang masih lagi terbuka..1, 4 dan 9...sekarang ni bolehla kita cari apa nombor yang lain tu..nak senang guna ja kaedah fungsi..


jika x = 1 maka; f(1) = 1
jika x = 2 maka; f(2) = 4
jika x = 3 maka; f(3) = 9

kesimpulannya..

f(x) = x^2

ok sekarang ni kita boleh la guna formula f(x) = x^2 tu untuk cari apa nombor yang lain tu...

f(4) = 4^2 = 16
f(5) = 5^2 = 25
f(6) = 6^2 = 36
f(7) = 7^2 = 49
f(8) = 8^2 = 64
f(9) = 9^2 = 81
f(10) = 10^2 = 100



so akhirnya sang Kesatria Muda pun berjaya mendapatkan Kunci Andika untuk membuka pintu Gua Ketayang selepas memasukkan nombor-nombor rahsia tu.. (1,4,9,16,25,36,49,64,81,100)

13 ulasan:

  1. aaaaaaaaaaaaaa... totally tak paham gara-gara terus tengok jawapan. soklan die piah tak baca lagi hahahha... nanti ye patik baca

    BalasPadam
  2. tu dia punya jawapan...teka teki penuh misteri telah terjawab....

    BalasPadam
  3. @Piah Becok
    Apa! mika belum baca soalan beta..beta arahkan mika baca sekarang jugak..kalau tidak mika akan beta hukum jadi tukang cuci kapal seumur hidup..hehe

    BalasPadam
  4. @ Nelly
    Bila ada misteri baru la best...;P

    @ Hazuan
    Tu la jawapan yang teka-teki tu...memang misteri kan.. ;)

    BalasPadam
  5. Hebat soalan ni, dah baca soalan n jawapannya sekali, haha...xsempat nak pikir sebab terlepas pandang entri soalannya dulu...buka2 terus tengok entri jawapan terlebih dahulu baru tengok entri soalannya...^_^"...

    BalasPadam
  6. @Che An Dusuki
    Tak sempat jawap eh..tak pa..lain kali ada lagi...memang dok ada idea dah dalam pala otak aku ni nak buat dia punya sequel...insyaAllah kalau ada masa nanti aku update..

    BalasPadam
  7. sama teka teki lecture bg. jwapn kamu pn betul ;) klu tahu dah lama boleh jwab teka teki lectre tu. hehe ;D

    BalasPadam
  8. @Cik Cahya
    Baguih dok ada...tapi rasanya teka-teki lecturer Cik Cahya tu mesti tak poyos macam teka-teki ni kan :)

    BalasPadam
  9. macam mana dpt tekateki yg mcm nie yer!!!!
    memang berteka teki cari jwpn..huhuhu

    BalasPadam
  10. Ya tak ya juga ..
    bila misteri baru syokk !
    tapi , jangan biarkan hidup diselubungi misteri ..hahaha

    BalasPadam
  11. pening je....datang dari SYOKNYERBLOGGING

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP