Ahad, 16 Oktober 2011

KONSPIRASI SBPA #2 : GAJI CIKGU DG 41 DALAM SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM

Atas permintaan dari rakan taulan...so aku 'reveal'kan la ramalan aku pasai gaji dalam SBPA untuk DG 41 pulak..tapi sebelum tu, sukacitalah hamba 'explain'kan akan asas kepada ramalan hamba itu...Dengan hanya berpandukan kepada keterangan oleh PM dalam Bajet 2012 sepenuhnya (walaupun maklumat yang PM bentang dalam bajet tu tersangat samar-samar dan tidak cukup maklumatnya), maka aku pun buat la pengiraan guna kaedah Janjang  Arithmetik..aku guna formula [Tn = a + (n-1) d ] ja..


Ok..mula-mula keluarkan dulu maklumat dalam bajet tu..

1. Gaji Maksimum DG 48 = RM 8710.00
2. Kenaikan Gaji = 7 - 13 %
3. Sistem Gaji Sebaris.
4. Mata Gaji akan dipanjangkan.
5. Kenaikan tahunan RM 80 - RM 360

Lepas tu cuba analisa gaji DG 48 dalam SSM pulak...

1. Gaji DG 48 P1T1 = RM 4355.00
2. Ada 2 tangga gaji iaitu  P1 dan P2
3. Kenaikan Tahunan maksimum gred pada T8
4. Kenaikan Tahunan antara P1T1 dan P1T2= RM 203.16


Berpandukan data tu, so kita akan dapat..

1. Gaji permulaan bagi DG 48 pada mata gaji T1 = RM 4355.00 + (7% x RM 4355.00) = RM 4659.85
(aku gunakan 7% sebab biasanya kenaikan gaji untuk kumpulan P&P adalah sikit berbanding kumpulan sokongan. )
2. Mata gaji maksimum akan berada pada tangga T16 kerana ketika dalam SSM kenaikan tahunan gaji maksimum DG 48 hanyalah sehingga T8 saja tetapi terdapat 16 mata gaji kerana mempunyai  2 tangga gaji...Maksudnya dalam SBPA, mata gaji DG 48 T16 = RM 8710.00

Ok sekarang berdasarkan semua maklumat, so kita boleh cari berapa kadar kenaikan tahunan bagi DG 48 dalam SBPA tu..

          Tn = a + (n-1) d
8710.00 = 4659.85 + (16 -1) d
           d =  8710.00 - 4659.85 / 15
           d =  270.01

Maka kenaikan tahunan bagi gred DG 48 dalam SBPA adalah RM 270.01

Sekarang cuba kita analisis gaji DG 41 SSM pulak..

1. Gaji DG 41 (SSM) P1T1 = RM 1695.85
    maka, gaji DG 41 (SBPA) T1 = RM 1695.85 + (7% x RM 1695.85) = RM 1814.56
2. Kenaikan tahunan P1T1 dan P1T2 = RM 90.45
3. Peratus perbezaan kenaikan tahunan antara DG41 dan DG 48 adalah 124.61%...Dengan mengambilkira peratus perbezaan kenaikan tahunan antara DG 41 dan DG 48 dalam SBPA adalah sama dengan SSM..maka kita akan dapat agak kenaikan tahunan dalam DG 41 (SBPA)..
       
katakan,      a = kenaikan tahunan DG 41
                   b = beza kenaikan tahunan DG 41 dan DG 48

maka,           a x 1.2462 = b .....(1)
                    270.01 - b = a ......(2)

masukkan (1) dalam (2)
                   
                     a = 270.01 - (a x 1.2461)
                     a + (a x 1.2461) = 270.01
                     a ( 1 + 1.2461) = 270.01
                     a = 270.01 / 2.2461
                     a = 120.21

akhirnya dapatlah kenaikan tahunan DG 41 dalam SBPA tu..RM 120.21

Update : Kenaikan RM 120.21 ni hanya untuk T1 sampai T17 saja..bagi tangga T18 dan ke atas kadar lain sebab kenaikan tahunan DG 41 dalam SSM adalah berbeza selepas tangga T18...


PERINGATAN :  Pengiraan di atas bukanlah sesuatu yang muktamad kerana banyak menggunakan andaian semata-mata...penulis hanya sekadar mahu berkongsi idea sahaja...penulis tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada dikalangan pembaca yang rasa tertipu atau sebagainya!

27 ulasan:

  1. wow... tak terfikir saya formula ini...

    BalasPadam
  2. Best gak ni.. Boleh tau jadual utk dg48? Tq

    BalasPadam
  3. @eyenews : pengiraan tu berdasarkan maklumat yg kurang jela..kalau maklumat lebih tepat boleh la konfirm betul pengiraan kat atas tu..

    BalasPadam
  4. @Tanpa Nama :jadual DG 48 ada dalam posting saya sebelum ni..

    BalasPadam
  5. salam cikgu minta izin share di blog saya yer.;)

    BalasPadam
  6. kalau n 17 boleh tlg kira x sbb kalau kump p&P kecil peratusnya n sokongan 1-16 mestilah y tinggi. kalau 17 - 40 agak2 brp %

    BalasPadam
  7. camna lak dgn dg32 cikgu sonok tgk kira2 ni

    BalasPadam
  8. biar betul..RM 600 lebih tu kenaikan gaji aku ..tak mungkin rasanya..lagi satu kenaikan tahunan makin kurang pulak

    BalasPadam
  9. Tq bagi formula untuk dg 41 dan 48.Boleh tak kirakan dg 44 sekali.

    BalasPadam
  10. @Tanpa Nama 4:04 pm : Kalau gred N aku tak tau sebab dalam bajet hari tu pun PM bagi contoh DG ja.

    @Tanpa Nama 8:09 pm : Sori la aku malas nak kira..lagipun tak boleh percaya sgt calculation aku tu..sebab maklumat yang ada sangat kurang dan terpaksa assume sendiri ja..

    BalasPadam
  11. @Cikgu Bada : Disebabkan maklumat sikit saja so aku pun tak confirm calculation aku ni..tapi kalau ada maklumat yg lebih jelas memang aku boleh kira dengan tepat punya...satu lagi perlu ingat pengiraan aku ni aku guna kenaikan 7% saja..kalau yg sebenar lebih 7% maknanya amaun tu akan lagi banyak..lagi satu mana plak kenaikan tahunan makin kurang..kalau masa SSM dulu kenaikan tahunan P1T1 dengan P1T2 = RM 90.45, tapi dalam aku punya prediction ni kenaikan tahunan T1 dan T2 = 120.21

    BalasPadam
  12. @erie : Sama-sama..actually aku dah malas nak kira..tapi tengok la kalau aku rajin besok-besok ni aku kira la DG 44 tu pulak.

    BalasPadam
  13. Cikgu...

    Betul-betul saintifik la daripada golongan-golongan lain...

    Aku pinjam pengiraan nie yer cikgu, aku letak kredit!

    Mekasih!

    BalasPadam
  14. t/kasih diucapkan kpd Cikgu Rahman krn memberi gambaran tntng jadual gaji DG34,41 & 48 bawah SBPA nanti. W/b,manapu terdapat kesangsian di sini .Stlah ditinjau kenaikan tahunan DG34 ialah sekitar RM160 . Manakala kenaikan tahunan DG48 sekitar RM260. Manakala kenaikan th DG41 rasanye agak rendah iaitu RM120.. Mata gaji akhir pun same hampir same aje ngan DG34. Berbanding DG48 terlalu jauh iaitu RM8700 . Ketinggalan RM3000 di belakang.

    BalasPadam
  15. @Daddy Cool : Sama-sama..tak dak hal punya!

    BalasPadam
  16. @Tanpa Nama 10:08 pm : Pasal beza kenaikan tahunan Dg 41 dengan DG 34 dan DG 48 tu memang munasabah aku rasa..sebab kalau tengok dalam SSM pun Kenaikan tahunan DG 41 = RM 90.45, DG 34 = 98.31, DG 48 = RM 203.16..so logik la kenaikan tahunan dg34 dalam SBPA lebih banyak dari DG 41.

    Untuk mata gaji maksimum DG 41 pulak..sebenarnya tu bukan matagaji akhir dia..aku tak tau apa mata gaji akhir DG41 tu sebab kalau nak ikut masa SSM dulu walaupun takat T27 tapi ada 3 tangga..maknanya ada 81 mata Gaji dalam DG 41..takkan la JPA nak buat sampai 81 mata gaji kot..tapi kalau nak kira pun boleh jugak..

    Tn = a + (n-1)d
    T81 = 1814.56 + (81-1)(120.21)
    T81 = RM 11,431.36

    BalasPadam
  17. DG41...selepas pada P1T17 ke atas kenaikan tahunan adalah RM150+-...
    Camna pulak kiraannya cikgu...
    kena la tengok sampai habis tanggaji tu... bukan semua sama dari t1 - t16 sama kemuadian t17 - t??? dah lain pulak amaun kenaikan tahunannya... pelikkan hahahaha...

    BalasPadam
  18. @AyieDklau : Subhanallah..aku baru ja perasan..lepas P1T17 kenaikan dia RM 150.28..awat yang pelik sangat..habis la silap calculation aku untuk DG 41 tu..kalau macam ni tak leh la guna Janjang Arithmetik..ni kena guna Janjang Geometri ni..pelik-pelik betoi JPA ni..boleh pulak kenaikan tahunan dalam tangga yang sama tak sekata!

    BalasPadam
  19. tu la pasal...
    so bagi yg baru kerja kenaikan sikit..
    bagi yg lebih 15 thn kerja kenaikan besar la sikit...
    so kita x boleh banding dgn dg32/dg34 punya kenaikan...
    apapun hanya JPA sahaja yg tau formula sebenarnya

    BalasPadam
  20. x tepat tuu...hot betoi tunggu akhir disember ni

    BalasPadam
  21. sokongan 1-16=13%, 17-26=12%, 27-40=11%
    PnP 41-48=10%,52-54=8%, Jusa=7%. So korang kiralah sendiri bape gaji korang dpt nnti.....

    BalasPadam
  22. aku ada buat analisa jadual kat atas nie... rasanya ada problem sikit bila guru yg dapat time base pd thn depan (2012). Gaji guru yg dapat time base thn depan akan potong guru yg dapat time base thn lepas. guru dapat time base thn lepas akan tertinggal satu tangga.

    BalasPadam
  23. ah tau kire duit je.....ngajar 2 dulu betul2..

    BalasPadam
  24. government skrg cukup perihatin ngan cikgu cikgu sekelian...maklumlah yg jaga kementerian TPM...agak agaknya boleh ke terus jadi cikgu kalau x de sumbangan dari pensyarah ??? so apa cerita TPM tentang nasib kami pensyarah di IPTA? menteri yg jaga kami, x boleh di harap!!! TIDOOOOO memanjang...nak harap pada saper?? cer cita???

    BalasPadam
  25. saya lihat "kenaikan" gaji ini sgt "bagus" bg mereka yg berada pada P1 tetapi tidak "menguntungkan" sangat bagi mereka yang sudah berada pada kedudukan P3.....

    BalasPadam
  26. sangat menguntungkan bg mereka dalam kedudukan P1..tetapi tidak bagi mereka dalam P2 atau P3 dalam skim sekarang

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP