Isnin, 19 Disember 2011

KELIRU NAK KEKAL DALAM SSM ATAU PILIH SBPA? #4


Baca dalam Malaysian Insider...Cuepacs akan jumpa PM hari Khamis untuk "bincang" pasal SBPA ni...tapi kalau cuepacs tak puas hati jugak..depa akan buat "protes" besar-besaran kat JPA Putrajaya 27 Disember ni...Antara tuntutan utama Cuepacs adalah pemansuhan Dasar Pemisah  (Exit Policy) yang akan dilaksanakan bermula Januari 2012 nanti..
DASAR PEMISAH (EXIT POLICY)
91. Bagi memastikan kecemerlangan penyampaian Perkhidmatan Awam, Kerajaan memperkukuhkan dasar pemisah dengan mengambil tindakan tegas untuk mengeluarkan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah. Dasar ini juga menyediakan laluan keluar bagi pegawai berprestasi yang tiada peluang kemajuan kerjaya serta pegawai yang menghadapi masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaannya untuk menjalankan tugas.

Atas sebab tak puas hati tu...maka semua penjawat awam di "nasihat" supaya tidak menandatangani persetujuan terima opsyen SBPA sehingga lah Cuepacs benar-benar puas hati....tapi yang aku heran sekarang ni...kan ada mention dalam pekeliling tu...sekiranya menolak sekali pun opsyen SBPA ni....Dasar Exit Policy tu tetap akan dikenakan kepada pegawai yang nak kekal dalam SSM..
Pemakaian Kepada Pegawai Yang Tidak Bersetuju Menerima SBPA
112. Perkara yang disenaraikan ini yang akan juga terpakai kepada pegawai yang tidak bersetuju menerima SBPA:
  112.1 Penjumudan Skim Perkhidmatan.
  112.2 Bayaran Insentif Yang Ditambatkan Kadar.
  112.3 Program Transformasi Minda.
  112.4 Penilaian Prestasi.
  112.5 Pingat Perkhidmatan Cemerlang.
  112.6 Dasar Pemisah.
  112.7 Umur Persaraan Paksa 60 Tahun.
  112.8 Kebolehalihan.
  112.9 Pembayaran Pencen Kepada Pesara Pilihan Diawalkan.
  112.10 Pengiraan Faedah Persaraan Bagi Persaraan Atas Kehendak Kerajaan

Terima SBPA kena Exit Policy...Tolak SBPA pun kena Exit Policy...so lebih baik la terima ja SBPA tu..Gaji lagi banyak tu...lagi satu aku nak clearkan...memang Cuepacs tak suruh tolak...cuma "nasihat" jangan tandatangan SBPA sampai Cuepacs puas hati...Masalahnya sekarang, bilanya yang Cuepacs nak puas hati tu...Dah 27 Disember 2012 baru nak protes...takut tak sempat nak sain ja...sebab ada mention dalam pekeliling...kalau tak sain sebelum 30 Disember 2012 maka dikira menolak opsyen SBPA tu..
106. Opsyen hendaklah dibuat tanpa syarat. Pegawai disifatkan sebagai tidak bersetuju menerima opsyen SBPA sekiranya tidak membuat pilihan atau membuat pilihan secara tidak jelas (menanda di luar ruangan yang sepatutnya atau menanda di kedua-dua ruangan) atau dengan bersyarat atau dengan bantahan atau dengan pindaan. Pegawai juga disifatkan sebagai tidak bersetuju menerima opsyen SBPA jika tidak mengembalikan borang opsyen kepada Ketua Jabatan tanpa sebarang sebab yang munasabah sebelum atau pada 30 Disember 2011.
Perdana Menteri umum pasal Exit Policy ni masa dalam Bajet 2012 bulan Oktober lagi...kenapa Cuepacs tak mau "bangkang" masa tu?...sepatutnya Cuepacs kena bincang dan mintak penjelasan secukupnya daripada JPA berhubungan perkara ni sebelum Pekeliling dikeluarkan...tapi sekarang ni "Nasi Sudah Menjadi Bubur"...dah tak boleh buat apa dah lagi...so pada pendapat aku, better terima ja dulu opsyen SBPA ni...pasal "penambahbaikan" exit Policy tu boleh dibincang kemudian...aku guna istilah "penambahbaikan" sebab aku setuju dengan Dasar Exit Policy ni cuma perlu sedikit "ubahsuai" ja..

30 ulasan:

  1. Tu la pasai...suka atau tidak tetap terpaksa terima jugak SBPA tu...kalau tolak lagi la rugi sebab tolak pun terdedah pada 'risiko' kena tendang jugak...jangan sampai berputih mata ja tengok kawan2 gaji besar dan kita gaji kecil tapi "risiko" tetap sama..kalau tolak tapi tak kena 'risiko' tu..tak pe la jugak!

    BalasPadam
  2. nak tanya sikit berkaitan kenaikan pangkat..contohnya guru itu telah layak ke DG48(DG1-4)..
    bolehkah seseorg guru itu mendapat gred DG48(DG1-4) walaupun gajinya di gred DG44(DG1-2) masih belum menyentuh tangga gaji DG48 ?

    BalasPadam
  3. Tak dak masalah cikgu..kenaikan pangkat bukan dikira dari matagaji...tapi bergantung kepada syarat2 yang ditetapkan...boleh rujuk dalam pekeliling...tak ada pun disyaratkan mesti dalam tangga gaji sekian-sekian baru boleh naik pangkat.

    BalasPadam
  4. walaupun dalam jurang gaji yang agak besar ?
    contohnya setelah masuk ke skim sbpa, gaji saya baru mencecah 37++..manakala T1 di gred 48 43++ ??? mohon penjelasan

    BalasPadam
  5. saya rasa cikgu dah 5 tahun dalam gred DG44(hakiki)...betul tak?...so memang dah cukup syarat untuk naik ke DG48(hakiki)...kalau syarat2 lain pun cukup dan ada kekosongan serta diluluskan lembaga naik pangkat...memang tak dak masalah walaupun beza gaji terlalu besar.

    BalasPadam
  6. Cikgu S jangan risau, kenaikan banyak atau sikit tu tadi bukan jadi soal. Saya penah mengalami situasi yang sama. Selepas sy berpindah dari DG41 ke DS45 (pensyarah IPTA), sy mengkaji peluang kenaikan pangkat ke DS52 (pensyarah kanan). Berdasarkan merit-based di IPTA tempat saya, minimum 3 tahun berkhidmat dan memperolehi syarat2 tertentu untuk kenaikan pangkat. Saya berusaha untuk memenuhi syarat2 tersebut dalam tempuh 3 tahun. masa tu gaji saya sekitar rm27xx (tak igt), selepas genap 3 tahun saya memohon jawatan ke pesnyarah kanan dan dapat. P1T1 Ds52 masa tu rm45xx. Nampak tak perbezaan yang jauh jumlah kenaikan yg saya dapat. Rezeki ALLAH nak bagi.

    Setelah melihat lampiran C SBPA, DS52 bertukar ke DS1-5, mata gaji pada T1 SBPA meningkat begitu banyak. sekali lagi ALhamdulilah. Dlu dalam SSM T1P1 dalam rm45xx sahaja, tetapi dalam SBPA T1 menjadi Rm53xx lebih rm75 berbanding DG1-5. Rezeki yang ALLAH nak bagi, amik ke lah. amin

    BalasPadam
  7. sila ke fbook kementerian pendidikan group, kat sana dah jelas pemindahan gaji bag greds 41 dan 44, siap jumlahnya sekali

    BalasPadam
  8. alhamdulillah cg..untung cg dpt mcm tu..saya nie umur dah dekat separuh abad tp byk kali sangat terlepas DG48..lantikan DG44 dah byk kali sgt..sambung belajar dan dpt degree thn 1997 tp gaji baru mencecah 35++..berbanding rakan yg sma umur tp smbg blajar dan dpt degree thn 2008..gajinya sudahpun mencecah 43++..
    nak buat mcm mana..dah naseb..apapun semua rezki d tgn tuhan.

    BalasPadam
  9. Berdasarkan maklumat di atas...Cikgu S naik dari DGA 29 ke DG 41 pada tahun 1997 kan...lepas tu naik pangkat secara time-based ke DG 44 pada tahun 2007..maknanya cikgu belum guna la lagi pengalaman semasa PPLD dulu untuk kenaikan dari DG 41 ke DG 44...Sekarang cikgu dah 5 tahun servis dalam DG 44...ditambah dengan 3 tahun pengalaman PPLD..cukuplah 8 tahun servis yang boleh diambil kira untuk kenaikan ke DG 48(DG1-4)..Tahniah cikgu!

    BalasPadam
  10. salam, saya cuma nak tanya. jika memilih pencen paksa 60 tahun. tetapi bila tiba umur 58 tahun kita rasa nak bersara. adakah pencen kita dibayar pada ketika kita pencen 58 atau kena tunggu umur 60 baru dibayar pencen?

    BalasPadam
  11. @azhar:
    w'salam...pencen dapat masa umur 58 tu jugak...tak perlu tunggu sampai umur 60 tahun.

    BalasPadam
  12. sign jela.. lepas tu redha kan je.. kita tunggu menteri baru naik, nnt ade lagi benda baru.. hurmnn 10tahun jadi cikgu dah 3kali kot sistem ni berubah.. semua nya da merasa.. tapi bila macam ni, lagi bagus kalu ade PTK..

    BalasPadam
  13. nanti kalau ada lagi lanjut umur, ke 62 dah tak leh ngundur dah , buat lak ubah pencen hanya akan dibayar umur 60, hu hu haruuuu

    BalasPadam
  14. saya ingin bertanya, mengapa PT di sekolah saya sendiri tidak berani memberi komen mengenai wang pencen yg akan diterima pegawai yg sign 60 tp ingin berhenti masa umo 58 ??? dia cakap x ada pekeliling yg menyentuh bab berkenaan..
    jika kita sign 60 tp ingin bersara masa umo 58, adakah wang pencen kita akan menerima pada waktu masa tersebut ?? TQ

    BalasPadam
  15. @Tanpa Nama

    saya tak pasti kenapa PT sekolah cikgu cakap tak ada pekeliling...sebab perkara tu jelas dinyatakan dalam pekeliling perkhidmatan bil 11/2011 dan bil 13/2011...samada PT sekolah cikgu tak baca pekeliling tu atau terlepas pandang perkara tu!

    lagi satu saya baru saja balik dari mendengar taklimat oleh BPSM di KPM Putrajaya semalam...dan perkara berkenaan pencen pilihan ni memang ada dibincangkan... menurut maklumat dari pegawai BPSM KPM tu memang sekiranya sain 60 tahun tapi mahu bersara pilihan katakan umur 58 tahun...maka semua faedah pesaraan akan dapat masa tu jugak..

    maksudnya...walaupun opsyen bersara paksa 60 tahun..tapi bersara pilihan 58 tahun...pada umur 58 tahun tu..pencen bulanan akan mula dibayar...ganjaran perkhidmatan serta gantian cuti rehat pun akan dibayar masa tu jugak...

    tapi perlu ingat..walaupun opsyen 60 tahun...disebabkan bersar pilihan 58 tahun..maka kiraan bulan perkhidmatan yang boleh diambil kira untuk faedah persaraan bagi pencen dan ganjaran tu hanya setakat umur 58 tahun tu je la..

    BalasPadam
  16. @Tanpa Nama

    Ishk...rasanya tak mungkin "depa" akan naikkan lagi umur pembayaran pencen bagi persaraan pilihan tu..sangat mustahil.."depa" kan orang politik..kalau betoi "depa" buat lagu tu..memang saja nak cari "bala" je la..tengok la hat sekarang ni cerita 'exit policy' ja pun dah jadi haru-biru satu negara...tambahlah kalau "depa" pi ubah benda tu...konfem "kalah" dalam pilihanraya!

    BalasPadam
  17. thanks cg rahman..jd yg tebaek sign 60 saja la kan..tanx again !

    BalasPadam
  18. @Tanpa Nama

    sama-sama...memang saya sangat yakin untuk mengambil opsyen 60 tahun tu!

    BalasPadam
  19. cg rahman, boleh rungkaikan sedikit mengenai prospek ? apa itu prospek ? adakah kumpulan P&P juga terlibat ? dan adakah prospek digunakan utk kenaikan gaji or kenaikan pangkat pegawai? TQ

    BalasPadam
  20. Jika pegawai dilantik sebelum 12 April 1991, pegawai wanita boleh akan mendapat pencen sekiranya bersara pilihan pada umur 45 tahun dan pegawai lelaki akan mendapat pencen sekiranya bersara pilihan pada umur 50 tahun.



    sumber jpa, dapat balasan emailnya

    BalasPadam
  21. cg, sekiranya RM1 menyebabkan kita kekurangan 1 tangga gaji setelah memilih sbpa, bolehkah kita membuat bantahan mengikut saluran yg betul ?
    contohnya :
    DG44 RM3584.11 ---> RM3734.39
    DG1-2 RM3735 ---> kenaikan gaji tahunan

    BalasPadam
  22. Sekiranya kita gagal mendapat DG48 kerana markah prestasi rendah ( tak sama dgn yg diberikan oleh ketua jabatan)apa perlu kita buat? Pensyarah IP yang lebih junior pula dapat. Kita kerja macam org juga, tak ada pula masalah dengan sesiapa.Jadi kita pula jadi junior. Servis kita yang dah 26 tahun tu tak bermakna ke ( di IP , 4 tahun)

    BalasPadam
  23. cg rahman bila nk update blog ???

    BalasPadam
  24. cikgu rahman, bla nk post pasai gaji lg nie ???
    lama dah dok tggu..mcm mna nk kira gaji baru berdasarkan 13% spt diumumkan PM ? contohnya kalau skrg berada di P1T25 (2011), berapakah gaji pd tahun 2012 ? KGT adalah pd 1/1
    TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf sebab lama tak update blog...mula2 tu sebab terlalu sibuk sampai tak sempat nak update posting baru...actually ada banyak jugak idea dalam pala otak untuk buat posting baru...tapi dah lama sangat dok tak ambil peduli pasai bog ni, last2 jadi malas terus..sampai bersawang dah blog ni..

      pasai PM mansuh sbpa ni pun ada banyak benda jugak saya nak komen...tapi buat masa sekarang ni dok banyak kerja tak setel lagi...tengokla bila dah setel nanti baru saya try active balik blog ni..

      Padam
  25. tolong bg formula 13% kenaikan gaji please :)

    BalasPadam
  26. pekeliling pelarasan gaji sudah keluar..jadual gaji baru pon sudah..apa yg menjadi kemusykilan saya ialah penetapan gaji di gred kenaikan pangkat..adakah ianya menggunakan peratusan juga ? kerana sekarang sudah tidak ada T1, T2 dan seterusnya..mohon penjelasan cikgu rahman
    TQ

    BalasPadam
  27. Salam cikgu.
    Boleh saya tau di mana cikgu dapat tulisan aman yang seperti naruto tu? adakah cikgu menggunakan photoshop? Saje ingin tahu.

    hakey_cut2003@yahoo.com

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP