Khamis, 13 Oktober 2011

KONSPIRASI SBPA : GAJI SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) BAGI CIKGU DG 34 DAN DG 48

Hari ni aku saja ja nak buat konspirasi sikit kasi hangpa saspen sikit...macam yang hangpa semua tau..masa bajet 2012 minggu lepas YAB PM kita ada umum kenaikan gaji untuk penjawat awam kalau memilih SBPA atau nama panjangnya Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam..

Yang hampehnya lepas ja habes bajet tu ramai penjawat awam yang kuciwa dan ada jugak yang marah sambil memaki hamun cikgu-cikgi se-Malaysia dengan selambanya kat dalam facebook serta blog masing-masing..Kononya hanya cikgu yang dapat kenaikan gaji..skim lain cuma dapat bonus ja..Ni aku nak habaq mai kat hangpa sikit ..cuba hangpa baca dan paham elok-elok apa yang YAB PM kita cakap dalam bajet tu..

Rabu, 24 Ogos 2011

CARA BUAT X KUASA DUA DALAM BLOG


Hari ni aku sangat happy...sebenarnya dah lama aku teringin nak buat benda ni..tapi tak pernah dapat...akhirnya dengan bantuan Uncle Google yang me'rekemen'kan kat aku laman sesawang ni..berjaya jugak aku buat  x2 dalam blog ni...sangat-sangat berterima kasih kepada Uncle Google..Domo Arigato Gozaimashita..


Selasa, 2 Ogos 2011

CERITA TENTANG LALUAN KERJAYA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH

Sebenarnya benda ni aku pernah cerita dah dulu..kat sini....tapi mungkin sebab aku tulih panjang sangat dan tak dak satu ilustrasi pun untuk back-up ayat aku tu..maka ianya mengakibatkan ramai yang salah faham..so aku nak cerita balik la pasai Laluan Kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah ni atau lebih dikenali sebagai Cikgu..


Tapi kali ni aku nak buat comparison antara laluan kerjaya PPPS kat sekolah (Cikgu) dengan PPPS kat kementerian lain (Pegawai Kader)...ok gambar kat bawah ni cerita tentang laluan kerjaya cikgu kat sekolah..

Jumaat, 29 Julai 2011

Selamat Berpuasa Ramadhan Tahun 1432 Hijrah

Assalamualaikum wbt.....setelah sekian lama aku tinggalkan blog aku nih tanpa penunggu...akhirnya berjaya jugak aku kembali ke blog aku yang dah uzur dan nazak bebenor dah kondisinya ni...tak sangka pulak walaupun dah lama aku tak update posting..tapi bila check kat statistik hari-hari ada saja orang yang mai lawat blog aku nih...tengok kat follower pun bertambah jugak..aku mintak MAAF KERANA MENGECEWAKAN ANDA...

Jumaat, 4 Mac 2011

KUIZ AGAMA DI HARI JUMAAT


Asalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh...tu dia panjang bebenor bagi salam...ok sempena hari baik bulan baik ni iaitu hari Jumaat...aku cadang nak buat entry yang berkaitan agama pulak lah..asyik cerita matematik ja...matematik-matematik jugak tapi ilmu agama jangan la lupa ye tak...

Tapi yang menjadi permasalahnnya kepada hamba adalah...aku bukannya pak ustat..mengaji agama pun takat sekolah menengah ja...tapi aku tak kira..aku nak buat jugak entry yang sentuh bab2 agama gak..baru la boleh nampak sombong, bongkak, riak dan belagak..steady aku..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP